HARI yang ditunggu telah pun tiba akhirnya.
Kali ini, sesungguhnya Raifa telah bertekad untuk memakai purdah yang melindungi wajahnya dari pandangan lelaki. Niatnya, dia hendak menjauhkan diri dari maksiat. Dia tahu jika Zayyan mengetahui tentang hal perkahwinan ini taklah mustahil untuk Zayyan cuba memikat kembali dirinya.
Malahan, Zayyan mungkin jatuh cinta padanya kerana wajah. Ada baiknya jika ini hanya boleh dilihat oleh lelaki mahramnya saja.
Kelmarin, Afif ada memberitahunya untuk berhijrah sementelah mereka sah menjadi suami isteri.
Raifa tahu Afif menyedari banyak dosa yang dilakukan. Jadi, Raifa bersetuju untuk berubah juga bersama - sama Afif memandangkan kisah lalunya bersama - sama Zayyan juga banyak dosa dan zina-
Pintu bilik diketuk.
Raifa menoleh memandang ke arah dedaun pintu.
Luna menekup bibir.
Terkejut!
“Kak Raifa. Ca-cantik…”
“Betul. Kali ini memang cantik”. Sokong Puan Widya apabila melihat anak perempuannya itu menutup aurat begini.
Padanlah awal - awal Raifa bertatih memakai tudung.
Anaknya tak pernah langsung memakai tudung sepanjang menjadi isteri Zayyan kerana Zayyan tak izinkan.
“Raifa nak berubah…”
“Luna sentiasa menyokong Kak Raifa untuk berubah. Ya Allah, cantiknya Kak Raifa. Putihlah mata Abang Zayyan sebab dah ceraikan perempuan secantik Kak Raifa”. Ujar Luna sambil menggenggam tangan kakaknya itu.
“Entahlah. Kak Raifa tak sebaik isteri dia yang sekarang…” Gumam Raifa perlahan.
“Apa pula? Kamu jauh lebih baik jika kamu berniat nak berubah, Raifa. Sekarang apa kata kamu tumpukan saja sepenuhnya perhatian pada Afif dan Nuh. Anak - anak kamu yang tiga orang lagi tu belakang kira sebab mereka dibawah jagaan bekas suami kamu”.
“Baik, ummi…”
“Dah, jomlah”. Gamit Luna seraya menarik tangan kakaknya mengikuti langkahnya. Namun, Raifa segan sebaik saja dia keluar dari rumah pandangan mata abang dan adik - adiknya tertumpu ke arahnya.
“Cantiknya…” Puji Affan.
“Raifa. Nak mengurat!” Celah Afwan dengan nada nakal.
“Kak Raifa. Aqhar nak minta nombor”. Sakat Aqhar pula.
Bak!
Kepala Afwan dan Aqhar diluku oleh kedua - dua isteri mereka membuatkan Raifa ketawa kecil.
“Ha, barulah cantik anak walid senyum. Janganlah buat muka takut macam itu. Raifa sepatutnya menayangkan muka teruja sebab hari ni hari bahagia Raifa. Walid harap peekahwinan ini akan menjadi satu - satunya perkahwinan yang kekal”.
“InsyaAllah, walid”.
“Nash ada dengan pengantin lelaki kan?” Soal Puan Widya pada Luna.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...