“MAMA. Nuh nak duduk bawah pokok sekejap boleh? Nuh nak buat something”. Pinta Nuh semasa melihat mama dan papanya sedang berbual.
“Hati - hati, Nuh”. Tegur Raifa.
Nuh membuka langkah menuju ke arah sebuah pokok lalu dia melabuhkan punggung di bawah pokok itu. Nombor abangnya di dail. Nuh memerhatikan sekeliling sementara menunggu panggilannya bersambut.
Sepasang matanya memerhatikan papa dan mamanya.
Nuh melorek senyuman.
“Apa lagi?”
“Abang Reiss marah - marah kenapa? Tak suka Nuh telefon ke?” Soal Nuh dengan perlahan.
“Abang Reiss. Hari ni Nuh keluar dengan papa dan mama tau. Ini kali pertama Nuh dapat merasa keluar dengan mama tau. Mama berkelah dengan papa dan Nuh tepi tasik. Nanti kita pergi sama - sama nak?” Soal Nuh ceria.
“Tak nak”. Panggilan dimatikan.
Nuh memuncungkan bibir.
Hmm, bagaimana dia mahu mengambil hati abangnya itu agak - agaknya? Jelas sekali abangnya itu tak suka dia kerana dia rapat dengan mama. Tapi, takkanlah dia perlu menyerahkan mama?
Dia tak sanggup.
Sembilan tahun dia tak dapat merasa bagaimana kasih sayang mamanya kini bila sudah dia dapatkan mustahil untuk dia lepaskan begitu saja.
“Nuh…”
Nuh memandang mamanya yang melangkah mendekatinya lalu mamanya itu melabuhkan punggung disebelahnya.
“Papa mana?”
“Papa berbual dengan Abang Hadee. Kenapa Nuh duduk di sini sendirian? Nuh bosan ke?” Soal Raifa dengan lembut.
“Mana ada Nuh bosan. Nuh main game tadi. Mama seronok tak jadi mama Nuh? Mama sayang Nuh?” Soal Nuh perlahan.
“Mestilah mama seronok. Mama sayang Nuh sangat - sangat”.
“Wa-walaupun Nuh anak yang tak sah taraf?” Soalan itu membuatkan hati Raifa menjadi sebu.
“Mama sayang Nuh. Sah atau tak Nuh tetap anak yang lahir dari rahim mama. Mama yang mengandung dan melahirkan Nuh. Mama tak pernah menyesal langsung”. Tutur Raifa dengan bersungguh.
“Ta-tapi, Abang Reiss tak suka Nuh. Nuh minta maaf kalau Nuh dah buat mama terasing dengan Abang Reiss dan kakak - kakak Nuh. Nuh rasa serba salah sebab Nuh dah susahkan mama…” Nuh teresak.
“Apa Nuh cakap ni? Bila masa Nuh susahkan mama? Nuh tak pernah susahkan mama langsung. Mama bersyukur sebab dapat Nuh”. Pujuk Raifa gelisah dia apabila melihat anak lelakinya menangis.
“Kenapa ni?”
“Nuh menangis. Nuh fikir saya tak susah sebab dia”. Kata Raifa pada Afif membuatkan Afif melutut di depan anaknya itu.
“Nuh…”
“Ma-maaf sebab Nuh lahir. N-Nuh buat mama susah. Pa-papa pun kena tanggung Nuh…” Nuh tersedu sedan.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...