TAKUT.
Segala dosa dia akan dimaafkan ke? Bagaimana pula jika tiada orang yang mahu mengendahkan lagi? Bagaimana jika umminya menghalau dia keluar dari rumah sama seperti dulu?
“Mama janganlah takut”.
Raifa memandang wajah comel Nuh yang mengukirkan senyuman manis padanya. Tangan kanan Raifa digenggam Nuh dengan begitu erat.
“Nuh ada. Mama jangan takut”. Pujuk Nuh dengan lembut.
Raifa melorek senyum.
“Takkan ada keluarga yang nak membuang ahli dia terus. Lagipun, mereka tahu sayang sakit kan? Jadi, janganlah risau”. Pujuk Afif dengan lembut.
Raifa mengangguk faham.
Afif menekan loceng rumah.
Nuh memandang mamanya yang nampak takut lalu Nuh mengeratkan genggaman tangan mamanya supaya mamanya tenang.
Raifa kembali memandang Nuh.
Nuh senyum.
“Raifa?” Suara itu membuatkan Raifa menatap seraut wajah umminya yang melangkah keluar dari rumah. Encik Raif juga keluar bersama - sama isterinya terkejut melihat kehadiran Raifa.
“Kenapa Raifa datang ke sini? Raifa lari-”.
“Raifa tak lari. Saya yang bawa keluar dia sebab saya nak bagi rawatan khas untuk dia. Lagipun, Raifa nak berjumpa pak cik dan mak cik untuk cakap sesuatu. Boleh izinkan kami masuk?” Soal Afif dengan lembut.
“Husband janganlah buka pagar”.
“Anak kita nak masuk. Dia bukannya orang luar pun”. Balas Encik Raf seraya membuka pintu pagar.
Puan Widya nampak takut aje dengan Raifa.
“Janganlah takut dengan mama Nuh. Mama bukannya jahat pun. Mama tertekan aje. Maafkan mama Nuh kalau mama dah banyak buat salah. Lagipun, orang memang ada buat salah kan?” Soal Nuh pada Puan Widya.
Puan Widya terkedu.
“Mama? Anak siapa ni, Raifa?” Soal Encik Raf sebaik saja keluar dari rumah.
“An-anak Raifa. An-anak kandung Raifa”. Balas Raifa perlahan.
“Tak cukup dengan Reiss. Boleh pula kamu buat hubungan sulit dengan lelaki lain?! Ummi tak sangka perangai kamu sundal sampai macam ini sekali, Raifa Wardina!” Jerkah Puan Widya.
Raifa teresak.
“Saya minta maaf. Saya yang paksa dia”. Celah Afif.
Tak betah membiarkan Raifa menanggung amukkan ahli keluarga wanita itu. Hatinya sayu apabila melihat Nuh nampak mamanya menangis.
“Apa maksud kamu?” Soal Encik Raf.
“Raifa memang setia dengan Zayyan. Tapi, Zayyan terlalu sibuk dengan kerja sampai mengabaikan dia. Saya jadi kesian dengan dia seban permulaan Raifa jadi tertekan ialah sebab Zayyan. Dia tak tahu nak cerita perasaan tertekan dia pada sesiapa sebab dia tak ada kawan. Jadi, saya buat pilihan untuk rampas Raifa dari Zayyan. Raifa tetap tolak bila saya ajak dia curang. Jadi, saya rogol dia sampai dia mengandungkan Nuh…” Tutur Afif.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...