NUH memandang wajah adik - adiknya yang sedang merengek kecil. Bersinar mata Nuh melihat adik - adiknya itu.
Comel!
"Waez Rafiqi".
"Mihail Afwa".
"Nufail Aqram",
Seorang demi seorang bayi dikenalkan pada Nuh, Reiss dan Rina. Nampaknya, anak - anaknya begitu teruja.
Afif ketawa kecil.
"Seronoknya muka Nuh". Tegur Afif sambil mengusap lembut kepala Nuh yang sedang membiarkan jari kanannya digenggam tangan kecil itu.
"Hai, adik..." Tegur Rina dengan lembut.
"Triplet". Ujar Reiss sambil menatap wajah ketiga - tiga adiknya itu.
"Seronok jumpa adik - adik?" Soal Afif dengan lembut. Rambut Reiss diusap dengan penuh kasih.
Reiss menguntum senyum.
"Seronok!"
Loceng rumah berbunyi membuatkan Nuh lekas saja menuju ke arah pintu lalu dedaun pintu.
"Cucuku!" Sapa Encik Raf apabila dia menatap wajah Nuh.
Nuh membuka pintu pagar.
"Tok walid dan tok ummi!" Sapa Nuh sebaik saja kedua - dua insan itu masuk ke dalam pekarangan rumahnya itu.
Nuh berlari memeluk tubuh Puan Widya lalu dia barulah memeluk tubuh Encik Raf.
"Tok walid datang ke sini sebab nak temankan tok ummi jaga mama Nuh berpantang". Ujar Encik Raf penuh semangat.
"Tok ummi tak suruh pun Tok walid ikut. Tok ummi suruh tok walid ikut. Tok ummi suruh tok walid duduk rumah tapi dia tetap nak ikut juga dengan alasan nak jumpa cucu. Padahal takut nak tinggal seorang lah tu..." Sindir Puan Widya.
"Mana ada!" Nafi Encik Raf dengan pantas.
Puan Widya mencebik.
"Jomlah masuk, tok walid dan tok ummi! Mama tengah berehat dengan tiga baby!" Cerita Nuh dengan girang.
"Ummi. Walid..." Raifa terus saja membetulkan posisi duduknya apabila melihat ummi dan walidnya masuk ke dalam rumah.
"Wah, tiga. Tahniah, Afif dan Raifa". Tegur Encik Raf.
"Terima kasih, walid".
"Semuanya hero. Rina jadi anak tunggal perempuanlah nampaknya". Tegur Puan Widya.
"Mama akan bagi Rina adik perempuan nanti kan?" Soal Rina penuh berharap.
"Nanti tau. Buat masa ni Rina kawanlah dengan Lily. Lily kan macam adik Rina juga". Tegur Raifa dengan kalut.
"Nanti kita cuba lagi". Sakat Afif.
"Nanti lah! Saya tak nak lagi".
Lahirkan tiga orang rasa perit berbanding dua.
"Kamu temankan dia, Afif?" Soal Encik Raf.
"Ya! Dulu temankan juga tapi waktu tu Nuh je. Taklah seram. Ini..."
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...