TAK senang hati Raifa apabila dia memikirkan keberadaan Nuh. Sudahlah Afif masih belum pulang dari mencari anak lelaki mereka itu. Mujurlah Afif meminta bantuan Affan dan Afwan untuk membantu.
Raifa resah.
Entah ke mana kakak iparnya membawa Nuh pergi?
Adakah Nuh baik - baik saja? Sungguh, Raifa tak mempu hendak membayangkan jika ada sesuatu yang buruk terjadi pada Nuh.
Pintu rumah mereka dikuak.
Raifa memandang kepulangan Afif yang nampak kecewa.
“Ma-mana anak kita?” Soal Raifa walaupun dia tahu jawapan Afif bakal mengundang rasa kecewanya.
“Abang dah tak dapat cari dia”.
Raifa rasa lemah.
“Tapi, abang ada pasang GPS pada kereta dia. Jadi, kita akan dapat lokasi dia. InsyaAllah, sayang jangan risau kita tetap akan dapatkan semula Nuh”. Pujuk Afif sambil melabuhkan punggung di sebelah isterinya.
“Kita kena cari anak kita cepat, abang. Saya betul - betul risaukan keadaan dia”. Tutur Raifa perlahan.
Dia tak nak Nuh dipulangkan pada dia dalam keadaan jasad tak bernyawa.
Sungguh, jika itu berlaku Raifa tentu akan menjadi gila begitu saja.
Afif menarik kepala isterinya pada dadanya lalu rambut isterinya itu diusap dengan penuh kasih sayang.
“InsyaAllah, sayang. Semuanya akan baik - baik saja. Abang percaya Nuh pun akan berusaha sehabis daya untuk pulang semula ke sini. Sayang percayakan anak kita tau. Abang pun akan usaha cari Nuh secepat yang mungkin”.
Raifa mengangguk perlahan.
Dia akan cuba bersabar menunggu anaknya itu untuk kembali pulang pada pangkuannya.
★★★
AFRA menayangkan sengihan lebar sebaik saja dia selesai menambat Nuh di dalam sebuah bilik yang cukup usang. Nuh mengerutkan dahi memandang Afra yang sememangnya nampak menyeramkan.
“Mulai hari ini, Nuh akan tinggal dengan Afra dan Lily”. Ujar Afra dengan nada girang.
Lily?
“Lily akan jaga Nuh dengan baik sementara Afra pergi bekerja!” Ujar Afra dengan girang.
Sahih perempuan ini gila.
“Afra pergi dulu, Nuh”. Pamit Afra lantas dia bangkit meninggalkan Nuh sendirian di dalam bilik.
Nuh memandang kedua - dua tangannya yang sedang ditambat.
Bagaimana pula dia hendak bergerak jika dia ditambat tak ubah seperti patung mainan di dalam sebuah bilik yang usang?!
Nuh cuba meronta namun tiada apa yang boleh dilakukan kerana dia ditambat dengan gari besi. Bukan tali…
Nuh memandang ke arah pintu yang mula dikuak.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...