TUBUH direbahkan di atas katil sebaik saja dia tiba di rumah. Entah mengapa hati terasa sebu sementelah dia tahu bahawa Nuh telah pun hilang. Perasaannya terasa sayu kerana Nuh takkan lagi menghantar mesej padanya.
Pintu biliknya diketuk.
Reiss memandang ke arah adik - adiknya yang melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa lima keping biskut oreo bersama - sama segelas susu.
Reiss terus membetulkan postur tubuhnya.
Raina meletakkan sepinggan biskut itu di atas meja. Rina juga meletakkan segelas susu disebelah pinggan biskut oreo itu.
Reiss memandang adik - adiknya menunggu bicara kembar itu.
“Kami tahu dah tentang Nuh hilang”. Tutur Raina.
“Kami dengar daddy bercakap dengan ibu tentang Nuh. Jadi, Abang Reiss risaukan keadaan Nuh?” Soal Rina pula.
Reiss mengetap bibir.
“Kami minta maaf sebab selama kita tinggal sama - sama dengan mummy dan daddy tu kami selalu buli Abang Reiss”. Ucap Raina berhati - hati.
“Kami buli Abang Reiss bukan sebab kami dengki atau benci. Kami tak suka Abang Reiss buat mummy menangis. Daddy pun tak pernah cuba rapat dengan kami sama macam mana dia rapat dengan Abang Reiss. Kami teringin juga nak dapat kasih sayang ayah…”
Reiss menatap kembar itu.
“Abang Reiss tolong jaga hati mummy juga nanti…”
“Betul. Abang Reiss tu anak yang mummy sayang. Mummy suka bercerita tentang Abang Reiss pada kami. Kami sayang Abang Reiss”. Kata Rina.
Reiss tetap diam.
Air mata Raina menitis.
“Kemapa Raina menangis?” Soal Raina bersama - sama ketawa kecil.
“Rina pun tak tahu. Tapi, bila ingat balik masa mummy jadi mummy kita dulu. Kita tak pernah rasa terasing. Kan, Kak Raina?” Soal Rina pada kakak kembarnya.
Raina mengangguk.
“Tak apa, Rina. Kita menumpang sekejap aje…” Balas Raina dengan pujukkan.
Rina menitiskan air mata.
Reiss keliru.
“Abang Reiss nak tahu sesuatu? Mummy bagitahu kami dia tak pernah ada niat pun nak buat Abang Reiss bisu. Tapi, daddy suka tuduh mummy kejam sebab mummy dah buat Abang Reiss tak boleh bercakap”. Tokok Raina lagi.
“Mummy takkan tergamak nak buat anak yang dia lahir tu bisu. Daddy aje yang tak faham sebab daddy tak pernah ambil tahu tentang mummy. Kesian mummy…” Rungut Rina.
Reiss menghela nafas.
Dia menaip sesuatu pada tabletnya. Lalu ditunjukkan pada adik - adiknya itu.
Abang Reiss nak bagitahu sesuatu. Tapi, jangan bagitahu sesiapa walaupun ibu, mummy dan daddy.
“Kami janji. Kami takkan bagitahu sesiapa pun”. Tekad Raina.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...