MUJURLAH.
Tak lama selepas Afif dan Raifa tiba di tempat persembunyian Afra akhirnya Afra dan Fathi’ dibawa pergi oleh pihak polis sementara Lily dibawa ke hospital yang terdekat untuk mendapatkan rawatan. Namun, setelah itu, Lily diizinkan untuk dibawa pulang ke rumah.
Tipulah jika Nuh tak risau akan keadaan Lily.
“Nuh…”
Nuh memandang Lily yang menyeru namanya.
“Nuh pergilah masuk bilik dan berehat. Lily boleh jaga diri sendiri. Lagipun…”
“Aku nak tolong jaga Lily…” Celah suara itu membuatkan muka Nuh bertukar masam apabila memandang wajah Putera.
Acah!
“Mata kau, hijau”.
“Jangan pandang mata aku”. Tegas Putera.
Nuh menjuihkan bibir.
Apa ingat dia kisah sangat ke?!
“Lily akan okey. Nuh pergilah jaga aunty di rumah lagipun uncle dah kembali bekerja kan? Tak ada apa yang Nuh nak risaukan sebab ibu dah kena tangkap pun. Peluang untuk dia terlepas ialah mustahil”. Tegur Lily dengan lembut.
“Nuh tak nak tinggalkan Lily sendiri dengan si Putera ni”. Bangkang Nuh.
“Siapa kata Putera tinggal sendiri? Aku pun datang juga”. Celah Kei sambil membawa makanan untuk Lily.
“Kei”. Sapa Lily bersama - sama senyuman.
“Lily. Aku cari bunga lili yang paling sempurna dan segar untuk kau hari ni sebab aku nak kau cepat sihat. Lagipun, kau boleh bersekolah sekali dengan Putera, aku dan yang lain. Putera punya kelas special. Satu sekolah yang sama tapi kelas asing. Khas untuk kami berempat. Kau nak join?” Soal Kei selamba.
“Kau…” Nuh mengetap rahang.
“Nak! Nanti saya minta pak su tukarkan saya ke sekolah awak”. Balas Lily dengan penuh semangat.
“Lily!” Nuh geram.
“Nuh!”
“Lama tak jumpa kau!” Sapa Shaqir sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik Lily lalu batang leher dipaut Nuh dipaut dengan lembut. Lantas Shaqir membawa Nuh keluar dari bilik Lily.
“Aniki, jangan risau. Kami berempat budak yang baik. Kami takkan buat perkara tak elok pada Lily. Jadi, jangan kacau kami melawat. Bye!” Shaqir melambai Nuh dengan girang lalu pintu bilik Lily ditutup.
Nuh mengetap rahang.
“Tak payahlah bergaduh”. Tegur Reiss.
“Abang Reiss. Dia orang nak keliling Lily. Takkanlah Nuh nak biarkan macam tu je?” Soal Nuh tak puas hati.
“Apa salahnya kalau untuk hari ni? Kau pergi jaga Lily hari - hari tak kira pula?”
Nuh menjuih bibir.
“Dahlah. Jom ikut aku. Papa suruh kita berdua ikut papa melawat daddy di hospital”.
“Kenapa ya?”
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...