ZAYYAN menghela nafas.
Kenapa pula bekas isterinya kata begitu pada Afif? Silap dia ke membiarkan Afif menjaga Raifa semasa dia keluar bekerja? Mustahil Afif mahukan perempuan yang selekeh seperti Raifa.
Badan pun tak cantik sama macam-
“Abang…”
Zayyan memandang ke arah Ajlaa yang membuka langkah mendekatinya lalu dia melabuhkan punggung disebelah lelaki itu.
“Abang. Kenapa buat Kak Raifa macam itu, abang? Kenapa abang tak izinkan Kak Raifa berjumpa anak - anak dia?” Soal Ajlaa dengan lembut.
“Sayang lupa ke? Raifa tu gila. Nanti dia cederakan Raina dan Rina sama macam dia cederakan Reiss macam mana?” Soal Zayyan tak puas hati.
“Abang. Abang awasi saja mereka”.
“Tapi, Raifa nak Raina dan Rina. Abang tak boleh beri anak - anak pada dia sebab menjaga diri pun dia tak mampu inikan pula menjaga anak - anak. Dulu, abang buat silap dengan membiarkan Reiss dibawah jagaan dia jadi Raifa ambil peluang untuk cederakan Reiss. Kali ini, abang takkan izinkan”.
“Anak - anak mesti nak jumpa mummy mereka”.
“Raina dan Rina aje yang nak berjumpa dengan Raifa. Reiss tak nak pun jumpa dengan mummy dia”. Bidas Zayyan.
“Tapi, apa kata petang nanti abang bawa saja Reiss dan adik - adik dia jumpa mummy mereka? Kak Raifa tinggal dengan keluarga dia. Mustahil ahli keluarga dia akan membiarkan Kak Raifa pukul anak - anak dia”.
“Tapi, abang risaulah”.
“Abang tak percayakan saya?” Soal Ajlaa dengan lembut. Pipi Zayyan diusap dengan penuh kasih.
“Percaya. Abang risau aje nak bawa anak - anak jumpa perempuan tu”.
“Kak Raifa pun pernah jadi isteri abang kan? Dia pun mummy pada anak - anak abang. Ibu mana aje yang tak sayang anak. Abang bagi peluang pada Kak Raifa untuk meluangkan masa dengan anak - anak dia sekali pun abang tak mahu serahkan anak - anak pada Kak Raifa”. Pujuk Ajlaa.
Zayyan menghela nafas.
“Abang akan bawa anak - anak petang nanti”.
“Abang pandai”. Puji Ajlaa sambil mengusap rambut Zayyan.
Zayyan terus saja menyauk pinggang Ajlaa lalu isterinya itu ditarik supaya duduk di atas ribaannya. Zayyan memeluk erat pinggang isterinya dan dia merehatkan dagunya pada bahu kanan Ajlaa.
“Abang cintakan sayang”.
“Saya pun cintakan abang”.
Reiss melangkah masuk ke dapur membuatkan Ajlaa bingkas bangun dari terus duduk di atas ribaan suaminya.
“Sayang ibu. Apa yang Reiss nak?” Soal Ajlaa dengan lembut.
Reiss menghulurkan sehelai kertas yang sudah bertulis pada Ajlaa.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...
