LILY memeriksa keadaan Nuh yang sudah semakin pulih. Mujurlah lelaki yang membantu mereka semalam sudi membiarkan mereka berdua tidur di rumah ini.
Rambut Nuh diusap lalu Lily menuju ke arah dapur.
Marcus memerhatikan kelibat Lily yang sedang mencari barangan di dalam peti.
“Adik nak makan ke? Abang boleh belikan”. Tawar Marcus.
“Tak apa. Lily boleh masak”. Balas Lily sambil mencari bangku untuk berpijak kerana dapur milik Ivan terlalu tinggi untuk kanak - kanak sepertinya. Oleh disebabkan perasaan risau yang melanda Marcus menemani Lily memasak di dapur.
Sememangnya lelaki dewasa itu melopong melihat kecekapan gadis kecil itu memasak.
“Kau tengok apa?” Celah Ivan.
Marcus memandang Ivan yang berdiri di sebelahnya.
“Aku ingatkan kau punya taste tiba - tiba berubah pada budak - budak. Aku yak tertanya pun sebab budak tu memang cantik”.
Pak!
“Kau ingat aku pedofilia ke, syaitan?” Soal Ivan garang.
“Ey, iblis ni. Aku cakap ‘ingatkan’. Aku tak kata kau punya taste dah berubah. Cuba dengar betul - betul!”
Ivan menjuih bibir.
“Budak kecil tu walaupun dia masih kecil lagi tapi dia pandai memasak. Aku kagum dengan dia. Kau akan tuduh aku gila ke kalau aku nak ajak dia kahwin dengan aku?” Soal Marcus pada Ivan.
“Tak. Aku tak tuduh kau gila”. Balas Ivan bersama - sama senyuman.
“Betul ke?”
“Betul. Aku akan pijak kau aje. Kau ni bodoh ke apa? Budak kecil macam tu mana berkenan pada kau. Punyalah beratur perempuan dewasa yang pandai masak kau nak juga dengan budak tu? Kau bagitahu aku. Kau nak aku tampar kau atau tendang kau?” Soal Ivan serius.
Marcus mencebik.
Garanglah Ivan ni.
“Abang Ivan dan Abang Marcus dah sarapan?” Soal Lily.
“Be-belum…”
“Belum”. Balas Ivan.
Marcus memerhatikan Lily yang sedang mencedokkan sarapan lalu berikan pada Marcus.
“Terima kasih”.
“Sama - sama”. Balas Lily seraya memberikan Ivan sarapan yang sama.
Pinggan yang terakhir Lily bawa ke depan.
“Kau lapar kan? Kau makan nasi aku sekali kalau tak habis. Aku nak jenguk dua orang budak tu sekejap”. Pamit Ivan lantas melangkah pergi meninggalkan Marcus sendirian di dapur.
Lily membuka langkah mendekati Nuh.
“Nuh bangunlah…” Tubuh Nuh digerakkan sedikit.
Nuh terjaga.
“Lily…”
“Lily masak untuk Nuh”. Ujar Lily seraya membantu Nuh bangkit.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomansaCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...
