PELIKNYA.
“Mama cari apa?” Soal Nuh tatkala dia melihat mamanya seakan - akan mencari sesuatu. Malahan, papanya juga begitu. Nampak gusar mencari sesuatu?
“Cincin kahwin hilang ke?” Soal Nuh.
“Taklah. Mama cari Lily. Lily tak ada pun itu yang mama pelik”. Balas Raifa sambil memandang Nuh.
“Papa dah cari kat semua bilik di tingkat atas. Lily memang tak ada di situ. Nuh tahu Lily ada di mana? Kita nak makan sekarang. Tiba - tiba pula Lily tak ada. Lily tak pernah buat perangai”. Omel Afif.
Oh, tak!
“Abang Reiss ada dengan Kak Rina tau. Nuh keluar cari Lily”.
“Papa temankan?”
“Papa temankan mama. Mama kan mengandung”. Balas Nuh pantas lalu dia berlari keluar dari rumah.
“Nuh yang buat Lily keluar kan?” Soal Afif.
“Saya rasa betul dah tu”.
“Nuh… abang rasa nak tergelak. Nuh tak pandai nak layan perempuan yang dia suka dengan baik kalau sayang nak tahulah”. Tukas Afif.
“Haih. Kesiannya bakal menantu kita”. Gumam Raifa.
“Jom kita pergi tengok Rina”.
Raifa mengikuti langkah suaminya menuju ke arah bilik yang disediakan untuk Rina. Nampaknya, Rina sedang berbual dengan Reiss.
“Rina tahu Reiss tak bisu?” Soal Raifa terkejut.
“Mummy? Ya, Rina dan Kak Raina tahu”. Akui Rina.
“Rina dah okey ke?” Soal Afif sambil mendekati Rina yang tersenyum padanya.
“Rina okey. Terima kasih, papa. Tapi, Rina tak nak jumpa pakar psikologi. Rina tak suka. Rina takut”. Gumam Rina perlahan. Tahu saja pengalaman ngeri mummynya membuatkan Rina bertambah takut.
Raifa tersenyum.
“Okey, kita buat pertukaran. Papa dan mama takkan bawa Rina jumpa pakar psikologi. Gantinya, Rina kena cerita aktiviti harian Rina pada mama. Itu tugasan rutin Rina”.
“Rina kena cerita pada mummy?”
“Mama, sayang”. Tegur Raifa.
“Mama…”
Reiss memandang mamanya penuh minat.
“Reiss nak buat juga! Reiss nak bagitahu mama aktiviti harian Reiss di sekolah!” Tawar Reiss tanpa dipinta.
“Boleh aje, sayang”. Balas Raifa.
“Mama mengandung ke? Abang Reiss kata mama mengandung”. Tutur Rina pada Raifa.
“Ya, mama mengandung”.
“Boleh mama bagi nama baby perempuan tu nama yang dekat dengan Kak Raina? Rina rindu Kak Raina…”
“Mama tahu. Mama tahu”.
“Kak Raina tak bagi Rina pergi selamatkan Yousuf. Kak Raina tak pernah marah Rina tapi hari tu dia tak bagi Rina sentuh dahi dia. Rina sepatutnya jaga Kak Raina sebab Kak Raina yang jaga Rina…”
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...