APA gunanya hari lahir andai kata hadiah yang istimewa tiada bersama - samanya? Apa yang dia mahukan sepanjang menyambut hari lahir ialah masa bersama - sama keluarga yang lengkap. Namun, ini keluarga yang berpisah membuatkan hati Reiss menjadi gusar.
Selamat hari lahir, Riess. Mummy minta maaf sebab dah banyak buat salah pada Reiss. Mummy mengaku silap mummy sebab mummy menyakiti Reiss. Mummy nak sambut hari lahir Reiss tapi tak boleh. Jadi, ini hadiah dari mummy untuk Reiss. I love you, Riess Wildan - Mummy.
Reiss membuka hadiah yang diberikan oleh mummynya melalui ibu tirinya.
Air mata terus saja menitis sebaik saja dia melihat gambar miliknya dan juga Raina dan Rina yang masih kecil sudah dibingkaikan dengan kemas. Reiss melihat belakang bingkai itu.
Mummy sentiasa sayang anak mummy. Mummy minta maaf sebab mumny bukan sempurna untuk Reiss - Mummy.
Sungguh!
Kini, Reiss mula dihambat dengan perasaan serba salah sementelah dia membaca apa yang dicoretkan oleh mummynya. Dia meminta daddy berkahwin dengan ibu kerana dia benar - benar teringin untuk merasai kasih sayang seorang ibu. Namun, dia tak sangka apa yang dia lakukan telah menghancurkan perasaan mummynya.
“Maafkan Reiss…” Gumam Reiss lirih.
Reiss menyimpan hadiah itu lalu dia membuka langkah keluar dari biliknya. Tak kira apa jua jawapan daddy dia tetap juga akan berdegil untuk bertemu dengan mummy. Dia nak sambut hari lahir dengan mummy!
“Reiss. Kenapa tak bersiap lagi?” Soal Zayyan tatkala melihat anak lelakinya itu mendekatinya.
Reiss menunjukkan tabletnya pada si daddy.
Daddy. Reiss nak sambut hari lahir dengan mummy. Reiss tak nak marah mummy dah. Mummy baik. Reiss yang tak faham perasaan mummy…
“Apa yang Reiss merepek ni? Daddy takkan izinkan Reiss pergi bertemu dengan perempuan tu. Takkan nak tunggu dia pukul Reiss lagi baru Reiss nak sedar?!” Marah Zayyan.
Reiss nak jumpa mumny!
“Jangan berdegil boleh tak Reiss Wildan?! Daddy kata pergi bersiap sebab kita akan sambut hari lahir Reiss lebih mewah berbanding keluarga tu!” Jerkahan Zayyan membuatkan Reiss membaling tabletnya ke atas lantai.
Reiss menghentak kaki.
“Reiss!”
“Ya Allah kenapa abang jerkah Reiss macam ni? Cakaplah elok - elok. Takutlah anak - anak kita”. Tegur Ajlaa dengan lembut.
“Sayang tengok Reiss ni. Perangai kurang ajar sama aje macam mummy dia! Tak boleh ke Reiss ikut cakap daddy? Pergi bersiap sebab kita nak sambut hari lahir Reiss”.
Reiss menolak ibunya.
Reiss mahu berlari keluar dari rumah tapi Zayyan menarik kasar lengan Reiss masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...