“SAYANG!” Zayyan menghalang Ajlaa dari pergi meninggalkan dirinya.
“Please, jangan pergi. Abang minta maaf atas apa yang abang dah buat pada Nuh. Sayang jangan pergi tinggalkan abang. Abang memang cintakan sayang sangat - sangat”.
“Saya minta naaf, abang. Apa yang abang dah buat…”
“Abang janji abang takkan buat dah! Abang akan insaf. Abang janji! Tolonglah jangan tinggalkan abang”. Rayu Zayyan bersama - sama esakkan.
Hati Ajlaa tak mampu hendak menolak.
“Abang…”
“Abang cintakan sayang. Abang minta maaf sebab dah buat sayang kecewa. Abang janji abang akan berbaik dengan Afif dan Raifa. Abang akan minta maaf pada Nuh. Jadi, tolonglah jangan tinggalkan abang”.
Ajlaa mengetap bibir.
“Ibu janganlah bergaduh dengan daddy”. Tegur Luth perlahan.
“Ibu kesiankan daddy. Daddy dah menyesal”. Tokok Yousuf perlahan.
“Ibu…” Tangan Ajlaa digenggam Hud.
Kenapa Zayyan pandai ambil hati anak - anak mereka? Ajlaa menghela nafas perlahan.
“Saya maafkan. Tapi, abang kena minta maaf pada Nuh. Abang kena berbaik dengan Abang Afif dan Kak Raifa. Baru saya akan maafkan abang dengan sepenuhnya”. Tutur Ajlaa dengan tegas.
Zayyan mengangguk dengan pantas.
“Abang janji apa aje janji sayang jangan tinggalkan abang”.
“Saya takkan tinggalkan abang”. Pujuk Ajlaa dengan lembut.
“Terima kasih, sayang”.
“Berbaik dengan Kak Raifa dan Abang Afif. Minta maaf pada Nuh”. Pesan Ajlaa lagi.
“Boleh abang jumpa dengan Reiss dan Rina?”
“Boleh. Tapi, abang tak boleh paksa mereka ikut abang balik. Faham, abang?” Soal Ajlaa sambil menatap wajah suaminya yang nampak tertekan semenjak dia meminta cerai.
“Janji!”
★★★
LILY dah masuk ke dalam rumah setelah kawan - kawan gadis itu pulang. Jadi, Nuh meletakkan bantal mini di atas riba Lily lalu dia merebahkan kepala di atas riba gadis itu membuatkan Lily terkejut.
Reiss bersiul nakal.
“Nampaknya Nuh dah menyerah diri”. Tegur Reiss sinis.
“Nuh bukan menyerah diri. Nuh cuma rasa sakit kepala je. Jadi, boleh Lily biarkan Nuh berehat”. Pinta Nuh dengan lembut.
“Okey…”
Telefon bimbit Lily berdering.
Lily nak turun tapi Nuh ambilkan telefon itu.
“Nuh. Lily nak jawab…”
“Tak payahlah bangun. Duduk je kat sini”. Bidas Nuh.
Lily menjawab telefon.
“Waalaikumusalam, Putera. Keluar main esok? Boleh! Jumpa esok”. Panggilan dimatikan membuatkan Nuh mengambil telefon Lily lalu diletakkan di atas meja. Nuh memeluk tubuh memandang wajah Lily.
“Kenapa Nuh buat muka?” Soal Lily keliru.
“Tak payahlah keluar main esok. Kita main masak - masak dalam rumah”. Cadang Nuh.
“Tak naklah. Lily nak main dengan mereka. Nuh bolehlah meluangkan masa dengan Abang Reiss dan Kak Rina tanpa gangguan dari Lily”. Balas Lily dengan lembut membuatkan Nuh menjuih bibir.
Kenapa?
“Lily, boleh temankan Kak Rina mandi? Kita boleh berbual”. Pinta Rina.
“Okey, Kak Rina”.
“Lilyyyyyyyyyyyy!” Nuh mula merengek tak puas hati tatkala Lily mula bangun mengikuti langkah kakaknya. Nuh menyembamkan wajahnya pada bantal mini itu sambil kaki dihentak geram pada kusyen sofa.
“Kesian. Aku kata dah pada kau”.
“Sampai hati Lily buat macam ni pada Nuh. Fine! Nuh nak merajuk!” Ujar Nuh lantas Nuh melangkah turun dari sofa lalu dia berlalu masuk ke dalam biliknya.
Reiss menghela nafas memerhatikan Nuh yang menjauh.
Nuh…
Kau memang tak pandai nak tunjuk reaksi pada Lily kan? Suka betul menipu diri sendiri.
★★★
“AUNTY!” Afra menguntum senyum melihat anak angkatnya masuk ke dalam rumah yang didiaminya kini. Oleh sebab pihak polis mencarinya maka dia terpaksa menyembunyikan diri sebelum perancangannya untuk mendapatkan Lily berjaya.
“Saya dah ikut kawan - kawan. Tak lama lagi, saya akan asingkan Lily dari yang lain supaya dia boleh ikut aunty”. Balas budak lelaki itu penuh semangat.
“Baguslah”.
“Aunty boleh percayakan saya. Saya akan dapatkan Lily secepat yang mungkin”.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...