MUJURLAH pasir mainan yang digunakan Luna sewaktu kecil masih ada lagi. Maka, boleh Raifa membiarkan anak - anaknya bermain di dalam pasir bersih itu.
Nuh nampak girang sekali ketika bermain bersama - sama kakaknya namun Reiss pula enggan untuk menyertai Nuh dan yang lain. Raifa mendekati anak lelakinya itu lalu rambut anaknya diusap.
“Kenapa Reiss tak mahu main dengan yang lain? Reiss bukan suka main pasir ke? Dulu masa ibu Reiss bawa Reiss keluar mesti Reiss suka main pasir. Takkan Reiss tak suka main pasir dah sekarang?” Soal Raifa dengan lembut.
Reiss enggan memandangnya.
“Mummy sebenarnya tak kisah Reiss bencikan mummy. Tapi, apa yang mummy kisah ialah Reiss tak sepatutnya membenci adik - adik Reiss tau”.
“Abang Reiss”. Raifa dan Reiss memandang Nuh yang mengukirkan senyuman manis.
“Abang Reiss jomlah bermain dengan Nuh”.
Reiss merentap tangannya dari terus disentuh Nuh.
Nuh tetap aje menarik tangan abangnya itu supaya abangnya mengikutinya menuju ke arah kotak pasir. Raifa melorekkan senyuman apabila dia melihat Reiss yang terpaksa mengikuti langkah Nuh.
“Abang Reiss ambil mainan ni. Kita main sama - sama”. Ujar Nuh penuh girang.
Reiss mencebik.
“Papa Nuh kata sebab utama kita tak dapat kawan ialah kita tak nak cuba bergaul. Abang Reiss pun kena cuba bergaul supaya Abang Reiss dapat kawan. Bila kita suka bergaul dan menyenangkan hati orang mesti semua orang nak berkawan dengan kita. Contoh, Kak Raina dan Kak Rina”. Ujar Nuh.
Reiss diam.
Reiss hanya memasukkan pasir ke dalam bekas lalu dia terbalikkan bekas itu.
“Kak Raina dan Kak Rina suka Abang Reiss?” Selamba saja Nuh menyoal kedua - dua kakaknya itu.
Raina dan Rina memandang Reiss.
Reiss mulai nampak kurang senang dengan soalan adiknya itu lekas saja dia bangun menuju ke arah tandas.
Raifa memandang Nuh sambil dia mencekak pinggang.
Nuh tersenyum.
“Raina okey je dengan Abang Reiss tapi dia suka buat tak tahu je bila Raina cuba nak bercakap dengan dia”. Tutur Raina.
“Rina pun suka Abang Reiss. Tapi, dia lagi rapat dengan anak ibu. Apa boleh buat? Kami berkawan dua beradik aje. Tapi, daddy suka marah kami cakap kami tak nak kawan dengan Abang Reiss”. Cerita Rina.
“Nampaknya, Abang Reiss sendiri yang tak nak tahu pandangan adik - adik dia terhadap dia. Kemudian, dia pilih untuk memencilkan diri. Jadi, mama jangan risau. Nuh akan pergi memujuk Abang Reiss”.
“Tak payahlah. Nanti dia buat apa - apa pada Nuh macam mana?” Larang Raifa.
“Nuh duduklah sini dengan kami. Kita main sama - sama”. Pujuk Raina.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...