ZAYYAN memandang pasangan di depannya.
Sepasang matanya memandang Afif yang menggenggam erat tangan Raifa membuatkan Zayyan berdecit.
Acah bahagia. Bodoh.
“Aku ingatkan anak kau orang yang hilang tu dah mati. Tak sangka pula nyawa dia panjang”. Sinis Zayyan.
Afif hendak menyerang namun Raifa menggenggam tangan suaminya sebagai tanda melarang. Maka, Afif terpaksa menahan rasa sakit hati apabila dia menatap seraut wajah Zayyan.
“Ya, nyawa dia panjang pun disebabkan dia cerdik. Bayangkan, Zayyan. Budak yang berusia sembilan tahun boleh survive dalam keadaan genting. Malahan, dia boleh menyelamatkan budak perempuan tu. Sepupu dia sendiri. Apa pendapat kau? Baguskan didikan Afif”. Ujar Raifa dengan lembut.
“Kenapa nak bangga ada anak haram? Buang masa”. Sinis Zayyan.
“Anak kau halal sangat ke?” Soal Afif tak puas hati.
“Boleh dikira halal. Sekurang - kurangnya, anak aku berbinkan aku. Malahan, pakej aku dapat mak dia sekali. Anak kau? Tak boleh langsung nak berbinkan kau, Afif. Mesti dia rasa rendah diri kan sebab jadi anak luar nikah? Hmmm, susahlah kalau kau gilakan sangat isteri kawan baik sendiri sampai sanggup nak rogol dia. Nasib baiklah kau jaga anak sendiri kan”.
“Sekurang - kurangnya aku bagi anak aku menyusu juga dengan isteri kau. Aku bawa Raifa dan anak - anak kau keluar waktu kau sibuk bawa Reiss dengan kau pergi bekerja. Kau nak rosak pergilah rosak sendiri. Tak payahlah nak didik Reiss rosak macam kau”. Tegas Afif.
Zayyan memandang Raifa.
“Seronok ke curang selama ni, sayang?” Soal Zayyan pada bekas isterinya itu.
“Aku tak tahu apa yang kau nak kata atau fikirkan. Apa yang aku tahu aku tak pernah cuba untuk mencurangi kau sekali pun kau selalu abaikan aku dan anak perempuan kita di belakang. Aku dah mengadu dan merayu pada kau yang aku tak nak jumpa Afif. Aku tak gila. Kau yang percaya Afif melebihi aku. Kau punca aku gila kau tahu tak?”
“Oh. Kalau aku tak buat macam tu kau takkan gila dah kan?”
“Apa yang kau cakapkan ni?”
“Cerai dengan Afif. Jadi isteri aku semula. Kali ni, aku akan izinkan kau pakai tudung atau apa aje yang kau nak pakai. Aku akan bagi kau perhatian melebihi Ajlaa. Tak nak?” Soal Zayyan.
“Kau merepek apa ni? Aku tak pernah terfikir nak bercerai dengan Afif. Aku dah cintakan dia”.
“Jadi, betulkan kau curang. Kau tak nak mengaku”. Zayyan memandang Raifa.
“Kau jangan berani nak kelirukan isteri aku. Aku yang buat dia terpaksa mencurangi kau sebab dia kena susukan Nuh. Lebih pada itu dia tak pernah buat. Kau tak tahu betapa kerapnya dia menangis sebab kau abaikan dia. Kau boleh gelar diri kau suami sedangkan kau letak isteri dan anak - anak kau di belakang? Kau tak tahu malu ke kalau kau gelarkan diri kau sebagai ayah sedangkan kau bukan betul - betul jalankan tanggungjawab”.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...