“DAH balik pun. Selamat pulang, Raina dan Rina. Seronok tak jumpa mummy?” Soal Ajlaa dengan lembut sambil menatap wajah anak - anak tirinya itu.
“Ibu. Daddy bagi Raina dan Rina jumpa sejam je”.
“Kami mana puas jumpa dengan mummy sejam saja”. Adu Rina pula.
Reiss melangkah masuk ke dalam rumah terus saja dia menarik adik - adiknya itu mengikutinya.
Ajlaa memerhatikan Reiss lalu dia memandang suaminya yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.
“Abang…”
“Abang bukan tak nak bagi perempuan tu jumpa anak lama - lama. Abang nak menjaga anak - anak tapi dia sendiri yang tolak untuk abang temani anak - anak. Dia nak masa dengan anak - anak sendiri”. Tukas Zayyan.
“Jadi, abang sepatutnya bagi ruang untuk dia. Abang tak bolehlah buat macam itu. Tak baik”. Tegur Ajlaa.
“Sejam tak cukup ke?”
“Abang bayangkan. Abang boleh jumpa anak abang sejam saja. Abang rasa cukup ke? Dahlah lama dia tak jumpa anak - anak dia. Apa salahnya kalau abang bagi lebih masa sikit?” Soal Ajlaa dengan lembut.
“Abang risau kalau dia pukul anak - anak”.
“Tapi, sejam abang tinggalkan mereka Kak Raifa tak ada pukul pun anak - anak kan? Tak baiklah abang asingkan anak - anak dari dia. Nanti abang bagi masa lama sikit untuk Kak Raifa”. Pesan Ajlaa.
“Reiss tak nak jumpa Raifa”.
“Kenapa pula? Reiss yang paling teruja nak berjumpa dengan Kak Raifa hari ni. Takkanlah Reiss tiba - tiba je ubah fikiran?” Soal Ajlaa denhan nada yang cukup hairan.
“Abang pun tak tahu. Abang nampak Reiss macam tak suka je. Memang patutlah Reiss marah pada mummy dia kan? Mummy dia bukannya pandai jaga anak pun. Tahu mendera anak aje”. Sinis Zayyan.
“Abang. Tak baik kutuk Kak Raifa macam itu”.
Zayyan menarik Ajlaa mendekatinya lalu bibir isterinya itu dicium sekilas.
“Mana abang nak cari isteri macam sayang? Baik dan bertimbang rasa. Tak ada ibu tiri yang baik macam sayang. Abang tengok sayang uruskan anak - anak dengan elok aje”. Puji Zayyan.
“Anak - anak yang baik. Mereka dengar saja cakap saya”. Balas Ajlaa.
“Anak - anak kita ada tiga orang. Tambah dengan Reiss, anak lelaki kita empat orang. Abang ada dua princess. Perangai pun kurang ajar sama macam mummy dia orang”.
“Tak lah. Mereka berdua baik je. Abang tak boleh cakap mereka kurang ajar tau. Kata - kata tu satu doa kan?” Soal Ajlaa sambil mengusap pipi Zayyan.
Zayyan memeluk tubuh Ajlaa.
“Bila hati abang panas je tengok Raifa terus aje hati abang ni sejuk pandang sayang. Terima kasih sebab jadi isteri abang”.
“Sama - sama kasih, abang”. Balas Ajlaa.
“Anak - anak buat apa?” Soal Zayyan lagi.
Dia menutup dedaun pintu lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah bersama - sama isterinya itu.
“Anak - anak tengah melukis. Dia orang bangun - bangun aje dah cari Reiss. Suka betul dia orang bermain dengan Reiss”.
“Reiss abang yang baik”. Puji Zayyan.
Ajlaa tersenyum.
Ya, Reiss memang sangat - sangat baik.
“Saya pergi menjenguk anak - anak sekejap. Abang nak makan?”
“Nanti abang makan. Abang nak pergi bercakap dengan kembar tu sekejap. Dia orang melampau betul lepas jumpa dengan mama dia orang”. Omel Zayyan tak puas hati.
Didikan Raifa memang teruk!
“Abang bercakap saja. Jangan naik tangan pada anak - anak”. Pesan Ajlaa lagi.
Risau pula bila melihat muka bengang suaminya.
“Ya, abang tahulah”. Pipi Ajlaa dicium sekilas lalu dia melangkah mencari dua anak gadisnya itu.
★★★
“APA main tarik - tarik ni? Lepaslah!” Bentak Raina lalu dia menolak kasar tangan abangnya dari terus menariknya.
Rina juga menolak kasar tangan abangnya itu.
“Abang Reiss tak apalah. Anak - anak ibu semuanya lelaki. Abang Reiss pula rapat sangat dengan mereka. Abang Reiss tak pernah hiraukan kami berdua pun!” Bentak Raina.
“Entah! Abang Reiss dari dulu suka abaikan kamj berdua”.
Reiss menghela nafas.
Inilah sebab dia tak suka dengan Nuh.
Boleh pula budak hingusan itu menghasut adik - adiknya dengan perkara bukan - bukan.
“Abang Reiss tak nak jumpa mummy tak apa. Kami berdua nak jumpa mummy sebab kami rindu mummy”. Tutur Raina.
“Mummy aje yang faham perasaan kami berdua”.
“Kenapa gedik sangat ni?” Suara garau yang menegur membuatkan pandangan Reiss, Raina dan Rina teralih pada Zayyan yang melangkah masuk ke dalam bilik kembar itu.
“Kenapa nak salahkan abang kamu pula?!” Jerkah Zayyan.
Kedua - dua kembar itu mula teresak.
“Lepas ni jangan berangan lagi nak jumpa mummy. Perempuan tak guna tu dah pengaruh kamu berdua dengan perangai tak elok dia!”
“Tapi, kami rindu mummy”. Adu Raina.
“Rindu. Rindu. Rindu bukannya boleh bawa mati pun! Daddy tak bagi kamu berjumpa dengan dia sebab daddy risau dia akan sakitkan kamu berdua”. Ujar Zayyan sambil menatap wajah anak - anak gadisnya itu.
“Rina nak jumpa mummy…”
“Raina nak jumpa mummy juga. Ka-kami rindu mummy…” Lirih Raina.
“Tak payah nak mengada - ngada sangat. Nanti daddy cari waktu daddy lapang. Kita sekeluarga boleh bercuti sama - sama”.
“Benci! Raina benci daddy!”. Jerit Raina geram.
Reiss menarik daddynya keluar dari bilik adik - adiknya sebelum daddynya itu naik hantu.
Rina menutup pintu bilik.
“Mummy. Kak Raina nak mummy…”
“Rina pun nak mummy juga. Daddy jahat…” Tubuh kakak kembarnya itu dipeluk erat lalu mereka berdua menggogoi lirih.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...