SUDAH masuk dua hari dia kehilangan Nuh. Namun, masih belum ada apa - apa perkembangan lagi.
Selamat ke, Nuh?
Nuh…
Pintu bilik Reiss dikuak.
“Abang Reiss. Esok hari lahir Abang Reiss!” Ujar Raina dengan girang sebaik saja dia masuk ke dalam bilik abangnya.
“Boleh tak Abang Reiss request pada daddy untuk sambut birthday dengan mummy? Kami rindu sangat dengan masakan mummy”. Pinta Rina perlahan.
“Abang boleh cuba. Tapi, tak tahu boleh atau tak”. Tukas Reiss.
Daddy mereka nampaknya anti dengan mummy sementelah mummynya berkahwin dengan kawan baik daddynya. Namun, Nuh tertanya - tanya sendiri kenapa daddy tak mahu memilih untuk berbaik dengan mummy sedangkan mummy sentiass cuba untuk berbaik.
Adakah sukar untuk berbaik dengan bekas isteri sendiri.
“Abang Reiss ada dengar apa - apa berita tentang Nuh?” Soal Raina dengan nada perlahan.
“Belum”.
“Rina tak boleh tidur sebab fikirkan Nuh. Takutlah kalau apa - apa jadi pada Nuh”.
“Nuh kan pandai”. Pujuk Raina.
Rina mengangguk perlahan.
Reiss menghela nafas.
“Kalau Nuh balik awal boleh kita pujuk daddy pergi celebrate birthday dengan family Nuh. Alang - alang kita boleh celebrate dengan mummy sekali”. Cadang Raina dengan teruja.
“Daddy nak ke?” Soal Rina.
“Kita cubalah dulu…” Tutur Raina.
“Abang akan cuba pujuk ibu untuk hari esok”. Tukas Reiss apabila melihat adik - adiknya yang nampak berharap.
“Betul ke? Terima kasih, Abang Reiss!” Ucap Rina dan Raina serentak.
Reiss tersenyum.
★★★
NUH memakai bajunya.
Dia memandang ke arah Lily yang sedang menyisir rambut sambil duduk di luar balkoni. Lama juga gadis itu termenung membuatkan Nuh juga keluar menuju ke arah balkoni untuk menemani Lily.
“Kenapa Lily banyak parut?”
“Ibu kan pukul Lily sebab dia sayang Lily”. Balas Lily dengan naif membuatkan Nuh meraup wajahnya.
“Pukul bukan kasih sayang, Lily. Ya, pukul akan jadi sayang kalau dia pukul sebab Lily buat salah. Tapi, kalau dia pukul walaupun Lily tak buat sebarang kesalahan itu dah dikira sebagai deraan”.
“De-deraan?” Lily terkebil - kebil.
“Deraan tu adalah seksaan fizikal. Nuh perasan belakang Lily tu ada kesan parut yang panjang”.
“N-Nuh nampak. Nuh janganlah tengok itu…”
“Kenapa parut tu?” Soal Nuh.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...