AJLAA memerhatikan Raifa yang sedang membasuh tangan.
“Maafkan saya sebab salah faham dengan Kak Raifa. Saya tak tahu Kak Raifa ada masalah dengan abang. Saya hanya fikirkan tentang Reiss. Sa-saya takut Kak Raifa apa - apakan Reiss. Itu saja…” Tukas Ajlaa penuh rasa serba salah.
“Tak apa”.
“Maafkan saya”.
“Tak apa, Ajlaa. Perkara dah lepas pun. Lagipun, saya dah kahwin dengan Afif jadi tak ada apa - apa lagi yang awak nak risaukan. Saya percaya kalau awak tak pikat Zayyan tentu saja saya takkan ada di tempat sekarang. Jadi, terima kasih sebab bantu saya melepaskan diri”. Balas Raifa dengan tenang.
“Apa yang Kak Raifa buat untuk terus menghadap perangai abang? Saya tahu dia baik. Saya cuma tak suka cara dia layan Kak Raifa dan Abang Afif. Saya tak suka cara abang gelarkan Nuh begitu…”
“Entahlah, Ajlaa. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh bertahan. Saya hanya kuat sebab anak - anak. Jika bukan sebab mereka memang dah lama saya minta cerai. Tapi, itulah. Sampai meroyan saya bertahan...” Raifa tergelak kecil.
Lucu betul.
“Saya minta maaf sebab kedegilan abang. Sa-saya janji saya akan cuba usaha untuk memujuk abang izinkan Kak Raifa dan Abang Afif bawa anak - anak ke majlis hari lahir. Saya akan cuba yang terbaik…”
“Tak apa, Ajlaa. Saya tak naklah apa yang saya buat nanti akan membebankan awak. Saya tak nak sebab saya dan anak - anak pula awak bergaduh dengan Zayyan. Dia tu keras kepala. Jika dia tak mahu saya tak boleh nak buat apa - apa. Ini, bagi hadiah pada anak - anak saya nanti. Kata saya bagi pada mereka”. Raifa berikan sebungkus beg pada Ajlaa.
“Maaf...”
“Tak payah minta maaf. Kirimkan salam saya pada anak - anak awak. Mereka semua comel”. Puji Raifa.
“Sa-saya harap Kak Raifa juga cepat dapat anak…”
“InsyaAllah tak lama lagi. Jomlah, saya tolong”. Pelawa Raifa.
Ajlaa membiarkan Raifa mengangkat dulang yang terisi cawan menuju ke arah depan.
Ajlaa memerhatikan Raifa.
Apa yang dia dah buat selama ni. Percaturannya hanya untuk menjaga Reiss dah memusnahkan mahligai Raifa. Namun, dia tak tahu apa yang membelengu wanita itu sehingga wanita itu bertindak gila.
Namun, setelah dia tahu perasaan serba salah menggunung di dalam diri.
Ajlaa akui itu khilafnya.
★★★
“COMELNYA Lily”. Puji Raina.
“Ey, comel! Comel!” Puji Rina juga.
Lily terkebil - kebil apabila pipinya tak habis - habis dicubit - cubit Raina dan Rina itu.
“Kau jumpa budak tu di mana?”
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...