“KAK Raina!” Rina menjerit apabila dia terjaga dari lena.
Rina memandang Nuh yang terkebil - kebil memandangnya. Nuh duduk di atas katil supaya dia dapat berada dekat dengan dengan kakaknya.
“Kenapa pipi Nuh lebam?”
“Nuh terjatuh waktu nak jumpa Kak Rina. Kak Rina dah okey lepas berehat?” Soal Nuh dengan nada yang prihatin.
“Okey. Tapi, Kak Rina nak ikut Kak Raina. Kenapa kami berdua terpisah sedangkan Kak Rina tak sanggup nak berpisah dengan dia. Kenapa Kak Raina tinggalkan Kak Rina sendiri? Kak Rina tak boleh…”
Nuh menekup lembut pipi Rina lalu dahi kakaknya itu dicium.
Rina terkedu.
“Sekarang, Kak Rina rasa Kak Rina boleh hidup atau tak?” Soal Nuh dengan lembut.
“Kenapa Nuh…”
“Nuh faham perasaan Kak Rina. Kak Rina kembar dengan Kak Raina. Bila Kak Raina pergi mesti Kak Rina akan sunyi. Nuh minta maaf sebab Nuh tak dapat lindungi Kak Raina. Tapi, Nuh janji Nuh akan lindungi Abang Reiss dan Kak Raina. Nuh akan minta papa lompat kelas untuk Nuh. Nuh akan sekelas dengan Kak Rina”.
“Tapi, pergi sekolah tanpa Kak Raina rasa lain”.
“Jadi, Kak Rina kena biasakan. Kak Rina nak tahu? Sekali pun Kak Rina tak boleh nak mendakap tubuh Kak Raina tapi Nuh tahu Kak Raina sentiasa ada di dalam dada kita”. Ujar Nuh dengan lembut.
“Kenapa Nuh baik sangat?”
“Kita kena buat baik sebab kebaikan akan membantu kita nanti. Itu sebabnya Kak Raina berusaha nak membantu adik Kak Raina. Tapi, apa boleh buat jika ajalnya tercatat di situ?
“Nuh…”
“Kak Rina jangan risau. Nuh akan jaga Kak Rina”. Pujuk Nuh.
Rina terus saja memeluk erat tubuh Nuh apabila mendengar Nuh kata begitu. Air mata Rina gugur.
Dia rindu pada Raina.
★★★
LILY terjaga dari lena.
Mana pula si Nuh ni pergi?
Lily melangkah keluar dari bilik mencari Nuh. Pintu bilik Nuh yang terkuak sedikit dijenguknya.
Nampaknya, Reiss sedang makan sambil berbual dengan ibu bapanya.
Lily membuka langkah menuju ke arah bilik papa dan mama Nuh pula. Nampaknya, Nuh sedang berbual dengan Rina sambil ketawa.
“Nanti kita sekolah”.
“Lily nak sekolah juga”. Pinta Lily dengan lembut apabila dia mendengar Nuh kata begitu.
Nuh memandang Lily yang melangkah masuk ke dalam bilik.
“Lily tak boleh pergi ke sekolah”.
“T-tapi… Lily nak ikut Nuh”.
“Lily boleh berhenti ikut Nuh? Ada benda yang Lily tak boleh ikut. Lily kena belajar sendiri. Takkan semua perkara Lily nak melekat dengan Nuh?” Soal Nuh dengan garang.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...