“KENAPA Reiss tak ikut saja daddy bercuti? Dia nak sambut hari lahir Reiss juga”. Tegur Raifa dengan lembut.
Reiss memalingkan wajah.
“Maaf sebab buat Reiss kemalangan dan bisu. Mummy memang ibu yang teruk. Mummy tak pelik pun Reiss gantikan mummy dengan perempuan yang lebih layak. Mummy tak pernah sempurna untuk Reiss”, Bicara lirih si mama membuatkan Reiss terkedu.
Ta-takkan dia hendak bercakap?
Apa yang mummy akan fikirkan nanti?
“Tak guna pun simpan rahsia lama - lama, Reiss. Di depan Reiss hu wanita yang dah melahirkan Reiss. Dia berhak tahu perkara yang sebenar. Sampai bila Reiss nak tipu dia?” Tegur Afif.
Reiss menatap ayah tirinya itu.
“Apa yang Reiss dah tipu? Apa yang abang cakap ni?” Soal Raifa keliru.
Afif mengukirkan senyuman.
“Apa kata sayang tanya sendiri pada Reiss. Abang akan beli kek satu lagi dan menu tambahan memandangkan kita ada dua birthday boy”. Pamit Afif lantas dia meninggalkan dua beranak itu bersendirian.
“Reiss. Apa yang Reiss dah tipu mummy?” Soal Raifa dengan lembut.
“So-Sorry…”
Raifa terkedu.
“Re-Reiss minta maaf sebab menipu yang Reiss dah bisu. Re-Reiss tipu semua orang yang kenal Reiss. Rei-Reiss buat sebab Reiss nak mummy rasa serba salah. Re-Reiss nak mummy sayang Reiss seorang je. Waktu daddy ajak Reiss jumpa mummy tu Reiss nak bagitahu yang Reiss tak bisu. T-tapi, Nuh. Kenapa Reiss kena ada adik lelaki lain?! Kenapa Reiss kena kongsi mummy?! Reiss nak mummy seorang je. Reiss nak mummy sayang Reiss…” Reiss teresak.
“Reiss…” Tubuh anak lelakinya itu dipeluk erat membuatkan Reiss terkelu.
“Mu-mummy t-tak marah Reiss sebab menipu?”
“Tak. Mummy bersyukur yang Reiss tak bisu. Mummy rasa tak nak hidup. Lama mummy fikir mummy nak bawa Reiss buat pembedahan kotak suara. Tapi, mummy lega yang anak mummy rupa - rupanya normal saja macam yang lain. Anak mummy yang baik”. Puji Raifa sebaik saja meleraikan pelukan.
“Re-Reiss tak baik. Reiss jahat! Re-Reiss dah pisahkan mummy dan dadddy…” Reiss menangis.
“Taklah. Mummy bersyukur sebab Reiss buat macam itu. Mummy dapat bersama - sama dengan papa dan Nuh. Maafkan mummy sebab tak usaha nak rebut Reiss dan adik - adik dari daddy. Mummy tak nak mental Reiss, Raina dan Rina terganggu dengan perebutan pula sedangkan mental anak - anak mummy dah terganggu disebabkan penceraian. Mummy pilih nak jaga Nuh sebab mummy nak ganti semula masa yang mummy tak ada dengan dia, Reiss. Mummy bukan tak sayang Reiss. Mummy sayang, sangat”.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...