APA bezanya dia dengan Afif sampaikan Raifa sanggup memilih Afif berbanding berbaik dengan dia? Takkanlah bekas isterinya itu tidak bertindak mengikut perasaan anak - anak?
Zayyan tak sangka Raifa sangat - sangat mementingkan diri!
“Abang dah balik”. Sapa Ajlaa dengan lembut sebaik saja dia melihat seraut wajah kacak suaminya itu.
Namun, Zayyan hanya melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan dirinya.
Ajlaa terkebil - kebil.
“Abang”. Sapa Ajlaa lagi lalu dia memeluk erat tubuh Zayyan dari belakang.
“Jangan mengada - ngada boleh? Rimaslah!” Ujar Zayyan seraya menolak kasar isterinya itu menjauhinya.
Ajlaa memandang keliru seraut wajah suaminya.
“Abang rimas dengan saya? Saya ada buat abang marah ke? Maafkan saya kalau saya buat salah pada abang”. Ujar Ajlaa sambil mencapai tangan kanan Zayyan untuk menyalam suaminya itu.
Zayyan terus saja menarik tangannya dari terus dicium Ajlaa.
Ajlaa memandang suaminya.
“Kenapa abang tarik?”
“Abang rimas tahu tak? Tak payahlah nak mengada - ngada dengan abang”. Marah Zayyan lantas dia berlalu pergi meninggalkan Ajlaa bersendirian di ruang tamu apabila dia melihat seraut wajah isterinya itu berubah.
Ajlaa memerhatikan suaminya yang menjauh.
Dia ada buat salah pada Zayyan ke?
Ajlaa mengemam bibir.
Selalu jika Zayyan merajuk dia pasti aje akan membancuh kopi untuk suaminya itu sambil mengurut bahu Zayyan.
Jadi, Ajlaa membuka langkah menuju ke arah dapur lalu dia membancuh air untuk Zayyan. Seusai itu, dia membawa air itu menuju ke arah bilik. Ajlaa nampak suaminya sedang termenung sendiri di atas katil.
“Abang. Ini saya ada buat kan air untuk abang”. Ujar Ajlaa sambil mendekati suaminya.
“Saya buat untuk minta maaf pada abang. Saya tak tahu kenapa abang marah tapi saya nak minta maaf. Saya nak abang redha dengan apa yang saya buat. Saya tak nak hari saya tak berkat…” Tokok Ajlaa lagi.
Prang!
Ajlaa terkedu apabila air yang dibawanya itu ditepis Zayyan dengan begitu kasar.
Air itu tertumpah mengenai kawasan perut dan lengannya.
“Ma-maaf. Aj-Ajlaa akan bersihkan sekarang”. Tutur Ajlaa dengan cemas sambil mengutip serpihan cawan itu. Lantas, Ajlaa menuju keluar dari bilik untuk membawa kain membersihkan air kopi hangat bancuhannya itu.
“Kenapa abang kahwin dengan awak?”
“Sebab abang nak saya jaga Reiss…”
“Abang tak cintakan awak. Abang menyesal sebab kahwin dengan awak”. Tutur Zayyan dengan nada dingin.
Ajlaa berhenti mengelap buat seketika namun dia menyambung kembali membersihkan air yang mengotori lantai bilik.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...