TIBA saja di rumah keluarga Raifa terus saja kembar itu meloloskan diri keluar dari kereta untuk masuk ke dalam rumah di mana mummy mereka berada. Geram saja Zayyan rasa apabila melihat perangai dua anak gadisnya itu.
“Reiss. Tolong tengokkan Raina dan Rina tau. Nanti, cukup satu jam daddy datang ambil Reiss dan adik - adik. Boleh?” Soal Zayyan sambil mengusap lembut rambut anak lelakinya itu.
Reiss mengangguk.
“Jaga diri”. Reiss terus saja meloloskan diri keluar dari kereta.
Zayyan hanya memerhatikan anak lelakinya itu masuk ke dalam rumah bekas mentuanya lantas kereta dipandu pergi dari situ.
Reiss melangkah masuk ke dalam rumah nampaknya adik - adiknya sedang memeluk erat tubuh mummynya. Sepasang mata Reiss memandang ke arah seorang budak lelaki yang muda berbandingnya.
“Abang Reiss!”
Abang Reiss?
Kening Reiss bertaut sambil memerhatikan budak lelaki itu menggenggam erat tangannya.
“Seronoknya jumpa Abang Reiss! Tak sangka tengok depan - depan Abang Reiss hensem juga. Nama Nuh, Nuh Aqwa. Nuh tak sangka Nuh ada abang dan kakak. Tapi, jauh lebih seronok ada abang dan kakak berbanding jadi anak tunggal kan? Abang Reiss panggil aje Nuh!”
Reiss mengerut dahi.
Adik? Abang?
“Abang Reiss anak mama kan? Nuh pun anak mama juga. Mama yang lahirkan Nuh tapi papa yang bagi nama pada Nuh tau”.
Reiss terus saja merentap kasar tangannya dari terus dipegang Nuh.
Anak mummy?
“Betul ke apa yang Nuh kata, mummy? Dia anak yang mummy lahirkan juga?” Soal Raina ingin tahu.
“Kami ada adik?”
“Ya. Nuh tu anak yang mummy lahirkan. Nuh bukan dari daddy tapi dia dari lelaki lain. Tapi, dia tetap adik Reiss, Raina dan Rina juga”. Ujar Raifa dengan nada yang lembut.
“Yey, Nuh ada kakak - kakak yang cantik juga!” Puji Nuh girang.
“Ey, comel!” Raina ketawa kecil.
Rina juga tersenyum.
Raifa memandang Reiss yang nampak marah. Terus saja Raifa bangun lalu dia mendekati Reiss yang sedang berdiri kaku di tempatnya. Raifa mahu menyentuh lembut rambut Reiss malang sekali apabila anak lelakinya itu menepis kasar tangannya.
“Reiss. Mummy minta maaf sangat - sangat selama mummy mendera Reiss. Mummy pun sebenarnya tak sampai hati nak pukul Reiss tapi mummy terpaksa sebab waktu tu ayah Nuh ugut mummy untuk bocorkan rahsia tentang Nuh. Lagipun, mummy memang nak daddy ceraikan mummy sebab mummy memang rasa nak gila aje. Tapi, tak sangka akhirnya dia madukan mummy juga. Kenapa lepas enam tahun baru nak lepaskan mummy? Daddy risau agaknya mummy pukul ibu Reiss…” Raifa mencuit hidung Reiss.
Raifa melorekkan senyuman.
“Mummy tak marah Reiss tau. Adil untuk mummy kan? Mummy dera Reiss jadi Reiss mencari ibu yang baru. Tak apa. Mummy faham semua yang berlaku ada hikmahnya. Mummy sedar mummy tak baik macam daddy. Mummy tak melayan Reiss manja macam apa yang ibu Reiss buat. Tapi, mummy bersyukur sebab mummy lahirkan Reiss. Mummy bertuah mummy dapat Reiss sebagai anak. Mestilah mummy bertuah sebab mummy dapat Raina dan Rina sekali. Reiss, Raina dan Rina ialah harta yang berharga untuk mummy. Nuh pun berharga. Nampaknya, mummy akan tumpukan perhatian pada Nuh selepas ini sebab Reiss, Raina dan Rina dah ada ibu”. Ujar Raifa.
“Tapi, mummy masih sayangkan kami kan?” Soal Raina perlahan.
“Mummy takkan buang kami kan? Ibu tak pernah sama macam mummy…” Rungut Rina.
“Ya. Ibu memanglah baik. Tapi, layanan ibu berbeza macam layanan mummy…” Tutur Raina.
Rina mengangguk.
“Kak Raina dan Kak Rina. Bukan ke kalau ibu tu dah sama aje macam mama? Kak Raina dan Kak Rina kena cuba terima ibu sebab ibu kan dah kahwin dengan ayah Kak Raina dan Kak Rina”. Tegur Nuh.
“Pandai anak mama”.
Nuh tersenyum.
“Bukan Kak Raina dan Kak Rina yang nak. Abang Reiss yang beria sangat suruh daddy kahwin dengan ibu”. Rungut Raina.
“Dia rapat dengan daddy dan ibu tak apa lah. Kita berdua duduk dalam rumah tu macam orang asing. Bila kita nak pergi pada mummy mula marah macam - macam”. Tokok Rina. Sakit hati!
Reiss diam.
“Berdasarkan apa yang mama kata mesti Abang Reiss bertindak untuk suruh ayah Abang Reiss kahwin lain sebab Abang Reiss nak kasih sayang mama kan? Abang Reiss pernah tegur ayah Abang Reiss tak bila ayah Abang Reiss buat mama tertekan? Nuh rasa Abang Reiss pun tak kisah tentang mama kan?”
Reiss hentak kaki.
Muka Reiss mula berubah marah.
“Nuh tak nak bergaduh dengan Abang Reiss. Nuh tahu sesuatu tentang Abang Reiss tapi tak apa. Nuh diamkan saja sebab mesti Abang Reiss juga ada alasan yang tersendirikan?”
Reiss mengetap rahang.
Terus saja Raina dan Rina menarik Nuh menjauh dari abang mereka. Risau pula jika Reiss mula berkasar dengan Nuh memandangkan Nuh juga lelaki.
Raifa mengemam bibir.
“Mummy hanya ada satu jam saja untuk meluangkan masa dengan Reiss dan Nuh. Jadi, boleh Reiss jangan bergaduh dengan Nuh? Nuh pun adik Reiss juga”. Pujuk Raifa.
Reiss menolak kasar tangan Raifa dari terus menyentuhnya.
“Mummy ada masak makanan. Jom kita makan dulu lepas tu kita makn sama - sama”. Gamit Raifa supaya Reiss mengikuti langkahnya.
“Nuh, jomlah!” Gamit Raina.
“Cepatlah, Nuh”. Rina juga menarik tangan Nuh.
Nuh ketawa kecil.
“Okey, okey. Nuh ikutlah ni”. Balas Nuh sambil mengikuti langkah kedua - dua kakaknya itu.
Reiss berdecit.
Benci.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...