“REISS nak makan kek lagi?” Soal Ajlaa apabila melihat Reiss yang kelihatan tergesa - gesa menghabiskan makanannya.
Reiss menggeleng.
Pinggan dan cawan polisterin dibuang ke dalam bekas sampah yang tersedia lantas Reiss bergegas masuk ke dalan biliknya. Dedaun pintu ditutup rapat lalu Reiss memanjat katil.
Notifikasi tablet diperiksa.
Tak ada notifikasi baru.
Kenapa hari ni Nuh tak mengganggu dia? Nuh dah tak nak mengacau dia atau apa? Takkanlah Nuh mengalah macam itu aje?
Reiss mengetap bibir.
Nak hantar mesej ke?
Tak naklah.
Jika dia menghantar mesej nanti entah - entah Nuh menuduh dia terhegeh - hegeh mahukan perhatian adik sendiri pula. Tak rela dia hendak dilabel sebegitu oleh adiknya sendiri. Tapi…
Reiss menyentuh dada sendiri.
Tiba - tiba saja sunyi.
Selalu Nuh akan menganggu dia masa ini.
Fikir Reiss. Fikir…
Reiss merenung lama tablet miliknya yang terletak kemas tak bersentuh.
Now or never, Reiss.
Penuh debar Reiss mencapai tablet lalu nombor Nuh didailnya. Harap - haraplah Nuh menjawab panggilannya jika tidak memang dia malu saja kerana kelihatan beria - ria!
Reiss menunggu dengan sabar.
“Hello…”
“Kenapa kau tak call aku?”
“Abang Reiss. Nuh minta maaf. Tolong beritahu papa dan mama Nuh tak dapat telefon mereka lagi. Nuh-”.
Tut!
Panggilan terputus tiba - tiba.
Reiss lekas saja mendail nombor Nuh berkali - kali. Malangnya, tidak juga bersambut membuatkan hati Reiss resah. Apa yang Nuh tak sempat katakan tadi? Adakah Nuh hanya mahu memancing dia datang ke rumah mummynya?
Reiss turun dari katil bersama - sama tabletnya.
Reiss mendekati daddynya yang sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen bersama - sama adik lelakinya sementara kedua - dua adik kembar perempuannya itu sedang membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur.
Baju Zayyan ditarik.
Zayyan memandang anak lelakinya.
“Kenapa, Reiss?”
Temankan Reiss jumpa mummy.
“Reiss nak buat apa jumpa perempuan itu? Daddy tak nak berjumpa dengan perempuan yang tak ada perasaan malu tu”. Bidas Zayyan dengan dingin.
Reiss nak jumpa Nuh.
“Kenapa sibuk - sibuk nak jumpa dia pula? Anak haram tu ada aje dengan mummy dia. Tak payahlah nak risau”.

YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...