“AF-AFIF, ap-apa yang kau nak buat ni?!” Soal mamanya dengan nada keliru. Reiss hendak bergerak tapi kenapa tubuhnya sendiri hanya bersembunyi disebalik pintu?
“Kalau Zayyan dapat cara dengan mengandungkan kau. Aku pun akan buat perkara yang sama. Aku akan mengandungkan kau”.
“Kau gi-gila ke?! Ak-aku isteri Ayyan. Di-dia akan ta-tahu kalau aku mengandung!” Tubuh mamanya itu ditindih dengan kasar.
“Afif, lepaslah. Ayyan kawan baik kau kan?” Tegur si mama dengan lembut.
“Tapi, kau perempuan yang aku cinta”.
“Tak naklah!”
“Shhh, sayang. Kau tak nak pun kau kena ikut juga cakap aku”. Suara ayah tirinya itu bertukar keras.
“Tolonglah, Afif. Jangan…”
Prak!
Baju mamanya dikoyak.
Air mata Reiss gugur.
Ke-kenapa? Kenapa?
“Zayyan balik lambat lagi. Jadi, kau tadah je apa yang aku nak bagi”.
“Tak nak!”
Ah, ya…
Mamanya diperkosa hampir setiap hari kerana daddynya selalu berada di tempat kerja sehingga lewat malam. Malahan, ada kalanya daddynya tak balik. Jadi, mamanya hanya terpaksa menanggung derita bersendirian.
Mamanya tertekan.
Derap kaki melangkah keluar dari bilik tiba - tiba saja tubuhnya bergerak sendiri mendekati mamanya yang sedang menangis.
“Mummy…” Tegurannya itu membuatkan mamanya lekas saja menyeka air mata lalu mamanya menutup tubuh terdedah itu dengan selimut.
“Kenapa sayang?” Soal mamanya dengan lembut.
Tubuhnya diletakkan di atas ribaan si mama.
“Ja-jangan menangis”. Pujuk Reiss dengan lembut sambil menyeka air mata mamanya itu.
“Adik - adik mana?”
“Ti-tidur. Reiss tidurkan adik - adik”. Balas Reiss dengan naif.
“Baiknya, Reiss”. Puji mamanya seraya mencium dahinya.
Terasa hangat.
“Pa-pacik buat mummy?”
“Reiss nampak?”
Reiss mengangguk.
“Boleh Reiss berjanji dengan mummy sesuatu?”
“Boyeh”.
“Jangan bercakap. Janji dengan mummy yang Reiss takkan bercakap. Mummy tak nak daddy duakan mummy. Mummy tak nak sesiapa ambil anak - anak mummy. Janji?” Soal si mamanya dengan lembut.
Reiss mengangguk.
Mamanya memeluk tubuhnya dengan erat.
“Terima kasih, Reiss”.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...