KAK Raina dah tak ada.
“Nuh…” Nuh memandang Lily yang melabuhkan punggung di sebelahnya. Rambut Nuh diusap dengan penuh kasih sayang.
“Kenapa Nuh nak tinggal dengan ibu tiri Abang Reiss?”
“Nuh tak kuat nak jumpa Kak Raina. Nuh tak boleh nak pujuk sesiapa kalau mereka menangis. N-Nuh pun akan menangis juga sebab Nuh ba-baru je dapat rasa ada kakak. Ke-kenapa Kak Raina pergi? Ka-Kak Raina dah janji nak balik. N-Nuh nak ajak Kak Raina dan Kak Rina tinggal dengan Nuh”. Raungan Nuh membuatkan hati Lily pilu.
Tubuh Nuh ditarik ke dalam pelukan.
“Tak apa. Nuh pun manusia juga kan? Nuh boleh menangis. Lily akan temankan Nuh”. Pujuk Lily dengan lembut.
Nuh teresak.
“Ma-mama mengandung. Ma-mama dah kena menghadap kenyataan Kak Raina dah tak ada”.
“Mengandung?” Suara garau yang menyapa membuatkan Nuh meleraikan pelukan dengan Lily.
“Mama kau dah mengandung?” Soal Zayyan semula.
“Ya, mak su baru mengandung”. Balas Lily bagi pihak Nuh apabila Nuh enggan menjawab soalan Zayyan.
“Kau ni comel juga. Anak saudara Afif? Bila besar nanti nak berkawan dengan salah seorang-”. Zayyan dan Lily terkedu tatkala Nuh menarik Lily ke belakang tubuh lelaki itu.
Nuh berdecit.
“Perkara yang paling Nuh tak suka ialah berkasar. Tapi, pak cik ni saya cakap jujur yang saya tak pernah hormat pak cik sebagai ayah tiri saya”. Sinis Nuh membuatkan Zayyan menarik kasar baju Nuh lalu tubuh Nuh dilempar kasar ke lantai.
“Nuh!”
“Duduk situ, Lily!” Tegas Nuh membuatkan Lily terpaksa kaku.
“Kau memang biadab sama macam bapak kau”.
Nuh berdecit.
Bak!
Pipi kanan Nuh ditumbuk kuat membuatkan budak lelaki itu tersungkur jauh dari tempat dia dilempar.
“Kalau aku tahu kau ni anak kandung Afif dan Raifa memang pertama kali aku jumpa kau terus aku bunuh kau ni menyusahkan semua orang!” Jerkah Zayyan dengan geram lalu kepala Nuh dihentak kasar pada lantai.
“Ja-jangan buat Nuh macam tu!” Larang Lily lantas dia mendekati Zayyan.
“Ja-jangan buat Nuh macam ni. Pa-pak cik jahat!” .
“Diam!” Tangan kanannya yang dipegang Lily direntap kasar. Lily jatuh apabila dibuat begitu.
Pak!
Nuh menepis kasar tangan Zayyan dari terus menarik rambutnya.
Nuh bangkit.
“Pak cik nak tahu sesuatu? Pak cik bodoh. Semua orang yang pak cik anggap menyusahkan pak cik ialah orang yang pak cik susahkan mereka. Keegoan pak cik musnahkan semuanya. Tak penat ke nak jadi ego? Apa aje yang pak cik marahkan sangat? Kisah lalu? Mama? Apa yang pak cik benci sangat?!”
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...