REISS menompang dagu memandang Nuh yang nampak serba tak kena semasa jam berdetik. Malahan, Lily pula yang nampak teruja membaca buku cerita.
Reiss melorek senyuman senget.
“Kenapa kau nampak teruja sangat, Lily?” Soal Reiss.
“Hari ni Lily nak keluar bermain dengan Putera dan yang lain!” Balas Lily dengan penuh semangat.
“Putera? Putera raja ke?”
“Tak. Hairi Putera. Orang panggil dia, Putera”. Cerita Lily.
Reiss mengerling Nuh yang sedang menulis.
“Hm. Putera. Lily, puteri dia la kan?”
Pak!
Soalan Reiss membuatkan pensil yang dipegang Nuh patah. Reiss memandang Nuh yang mengetap bibir.
“Lily, tolong asahkan pensil ni untuk Nuh”. Pinta Nuh lembut.
“Okey”. Akur Lily.
“Hm. Kau jealous”.
“Mana ada!”
“Jagalah Lily tu. Polos dia tu lain. Nanti dia ajak Putera mandi dengan dia tahulah kau…” Sakat Reiss.
“Tak mungkin! Nuh takkan izinkan”.
Loceng rumah berbunyi.
Nuh bangkit menuju ke arah dedaun pintu.
Nuh nampak Putera sedang menunggu di depan pintu pagar sebaik saja dia membuka dedaun pintu.
Nuh melangkah keluar dari rumah mendekati Putera.
“Putera kan?”
“Ah, ya. Kau sepupu Lily”. Sapa Putera dengan senyuman.
“Jangan tayang muka baik depan aku”.
“Kenapa?”
“Aku tak suka kau”. Rungut Nuh jujur.
“Kau tak suka aku? Kenapa?” Soal Putera ingin tahu.
“Kau boleh balik? Hari ni Lily takkan keluar main. Lily tak-”. Pipi Nuh ditarik kasar dari sisinya.
Nuh memandang Reiss yang membuka pintu pagar.
“Kau jangan belajar menipu sebab kau cemburu”. Tegur Reiss.
Putera terkebil - kebil.
“Nuh tak cemburu!”
“Puteraaaaaaaa!” Tiba - tiba saja Lily keluar dari rumah lalu dia berlari menuju ke arah Putera. Tubuh Putera dipeluk dengan begitu erat.
“Lily?”
“Keluar dengan Putera! Jom kita main, Putera!” Tangan Putera ditarik mesra oleh Lily.
Putera terpinga - pinga ditarik keluar dari pekarangan rumah.
Muka Nuh masam.
“Kenapa dia tarik acah putera tu?!” Soal Nuh bengang.
“Kau tak nak main dengan dia kan? Lily dah jumpa kawan baru memanglah dia pulaukan kau”. Ujar Reiss.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...