“SEMUANYA sentiasa sempurna untuk kau. Takkan ada masalah untuk kalau aku ambil dia, Afif. Kau boleh cari perempuan lain dengan mudah”. Bicara Zayyan membuatkan air muka Afif berubah.
Afif mencengkam kasar kolar baju Zayyan lalu tubuh lelaki itu dihentak kasar pada dinding.
“Kau tahu aku suka dia! Kenapa kau rampas dia dari aku? Kenapa kau buat macam ni?” Soal Afif sayu.
“Well, kau tak boleh nak kata apa sekarang. Raifa dah jadi awek aku”. Balas Zayyan selamba.
“Aku kecewa dengan kau, Zayyan. Aku tak sangka macam ini yang kau balas pada aku. Aku menyesal sebab anggap kau sebagai kawan baik aku. Kau memang jahat”.
“Jahat sangat”. Cebik Zayyan sementelah dia mengimbau kembali memori dulu.
Setakat hendak merampas Raifa dari Afif dulu bukanlah satu kesalahan kerana waktu itu Raifa bukannya teman wanita Afif. Maka, bila dia mengambil Raifa menjadi teman wanitanya tak ada apa yang boleh dilakukan Afif. Malahan, mereka bertemu semula sewaktu masing - masing sudah bekerja.
Pada sangkaan Zayyan, kawan baiknya itu telah pun melupakan perkara lama yang lalu. Tak sangka pula Afif tetap mengambil kesempatan rapat dengannya untuk bertemu Raifa.
Hmm.
Perkara yang dah lepas tak elok pun dikenang.
Zayyan menguak pintu bilik yang dihuni anak gadisnya.
“Kak Raina! Kak Raina!” Jeritan Rina membuatkan Zayyan menghela nafas sebelum dia mendekati Rina yang ditambat pada katil.
Bukan niatnya hendak berlaku kejam tapi Rina hendak melakukan perkara pelik membuatkan Zayyan gusar jika dia kehilangan seorang lagi anak gadisnya.
“Daddy lepaskan Rina. Ri-Rina nak Kak Raina. Kak Raina dah janji takkan tinggalkan Rina. Rina nak Kak Raina. Ri-Rina tak nak hidup tanpa Kak Raina”. Gogoi Rina lirih.
“Daddy minta maaf, Rina. Raina dah tak ada”.
“Daddy ganti semula Kak Raina! Daddy yang suruh Kak Raina jaga adik - adik. Kak Raina boleh jaga Rina je. Daddy jahat! Daddy jahat!” Jerit Rina.
“Dia dah mati. Rina nak daddy buat apa lagi?! Daddy dah usaha untuk selamatkan dia tapi tetap tak boleh. Rina kena terima juga yang kakak kembar Rina dah tak ada. Rina kena berusaha untuk hidup tanpa dia”.
“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!”
Zayyan menekup telinga apabila mendengar Rina menjerit.
“Rina!”
“Benci! Benci! Semuanya salah daddy!. Daddy tak nak keluar temankan kami main! Kak Raina dah minta daddy ikut sekali sebab dia tak larat. Daddy jahat. Rina benci daddy!” Herdik Rina semahunya.
“Daddy tak tahu pun Raina demam”.
“Daddy tak pernah ambil kisah tentang hal kami. Daddy rasa kami tak penting sebab kami ni perempuan. Daddy hanya sayang Abang Reiss je. Daddy memang mementingkan diri”.

YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...