Assalamualaikum, Abang Reiss. Boleh ajak kakak - kakak datang ke sini untuk bermain dengan Nuh? Mama tunggu Abang Reiss datang. Pujuk ayah Abang Reiss untuk bawa Abang Reiss ke sini tau! - Nuh.
Tak boleh, Nuh. Daddy aku nak sambut hari lahir adik aku. Kau mainlah sendiri - Abang Reiss.
Senyuman Nuh mati apabila dia membaca mesej yang dihantar oleh abangnya itu. Nampaknya, abangnya sibuk dengan urusan adik beradik sedangkan dia pula tiada sesiapa untuk bermain.
Nuh menjenguk mencari mama dan papanya.
Hilang lagi.
Nuh mengeluh bosan.
Papa. Nuh nak bermain di luar. Nanti Nuh baliklah. Sorry Nuh tak bagitahu sebab Nuh tak nak kacau papa dan mama - Nuh.
Seusai itu, Nuh membuka langkah menuju keluar dari rumah.
Salah tak kalau nanti dia minta mamanya memberikan dia adik? Tiba - tiba saja Nuh rasa cemburu kerana abangnya mempunyai adik sedangkan dia hanya sendiri sepanjang dia membesar. Jika dia ada adik bolehlah dia bermain bersama - sama adiknya itu.
Langkah Nuh mati tatkala seseorang berdiri di depannya.
“Nuh?” Nuh memandang wanita elegen yang merenungnya penuh rasa teruja. Bertaut kening Nuh apabila wanita itu mendekatinya.
Tak pernah tengok budak lelaki?
“Mak cik ni kakak kepada ayah Nuh. Kakak kandung dia. Jadi, mak cik ini ibu saudara Nuh. Dulu, mak cik selalu datang untuk bertemu Nuh. Nuh ingat mak cik tak?” Soal wanita itu penuh rasa teruja.
“Tak…”
“Ini mesti sebab ayah Nuh tak mahu cerita tentang mak cik. Dia dari dulu tak suka mak cik. Walhal, mak cik ini kakak kandung dia. Mentang - mentanglah ibu bapa kami meninggal dunia. Terus saja dia putuskan hubungan dengan mak cik”. Rungut wanita itu.
“Nuh nak pergi dulu”.
“Nantilah, Nuh”.
“Saya tak pasti sama ada mak cik ni betul atau tak kakak papa. Boleh jadi, mak cik menipu”.
“Nama papa Nuh, Afif Michael bin Rizman. Nama mak cik, Afra Michaela binti Rizman”. Terang wanita itu.
“Semua orang pun tahu nama penuh papa. Boleh jadi, mak cik saja cipta nama macam tu”. Rungut Nuh.
“Ini kad pengenalan mak cik”. Afra menunjukkan kad pengenalannya pada anak buahnya itu.
“Ini gambar papa Nuh dengan mak cik”. Tunjuk Afra lagi.
Kali ini, barulah Nuh percaya.
“Mak cik dah lama sangat nak jumpa Nuh. Sekarang, baru ada peluang untuk bertemu Nuh. Tak sangka Nuh ni lagi comel dari jangkaan mak cik. Jomlah, ikut mak cik balik”. Gamit Afra.
“Papa tak bagi Nuh ikut orang yang tak dikenali”.
“Tapi, papa Nuh kenal mak cik”. Bidas Afra.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...