12 tahun kemudian...
LILY memejamkan matanya membiarkan angin lalu menampar wajahnya. Rambutnya juga beralun mengikuti arah angin.
Selama 12 tahun dia membesar apa pilihan hatinya?
Nuh...
"Lily". Lily membuka matanya apabila dia merasakan tangan kekar seorang lelaki menggenggam tangannya itu.
"Putera..."
"Kenapa kau boleh tertidur di tempat yang tinggi macam ni? Aku risau kau jatuh". Tegur Putera seraya dia berdiri disebelah Lily.
Lily merehatkan kepalanya pada bahu kiri Putera.
"Kenapa pula kali ni?" Soal Putera dengan lembut.
"Entahlah, Putera. Saya selalu cari Nuh. Saya suka nak dengar apa perasaan dia pada saya tapi dia suka mengelak. Saya tak cantik ke?" Gumam Lily perlahan.
Putera menggosok lembut rambut Lily.
"Siapa yang berani cakap kau tak cantik? Aku akan debik kepala dia untuk kau". Tukas Putera dengan lembut.
"Hm. Awak debik kepala saya, Putera. Saya yang cakap diri saya tak cantik".
Plak!
Putera menjentik dahi Lily.
Lily menggosok dahinya itu.
"Kau cantik, Lily".
"Tapi, Nuh tak pernah nak puji saya. Apa yang dia tahu hanya mengelak. Dia hanya ada bila saya perlu saja..." Gumam Lily perlahan.
Sedih betul bila Nuh buat dia begini tau. Rasa terluka sangat - sangat.
"Kadang kala. Tak semua lelaki berani meluah rasa, Lily. Nuh pun mesti macam tu. Dia mesti nak cari masa yang sesuai atau kekuatan untuk dia bagitahu kau tentang perasaan dia. Kau tak boleh nak paksa dia. Kau kena bersabar". Pujuk Putera.
"Apa yang saya nak buat kalau Nuh tak mahukan saya lagi?" Soal Lily lirih.
"Tak apa. Kalau Nuh tak nak aku boleh ambil kau. Senyum okey?" Pujuk Putera dengan lembut.
Lily mengukirkan senyuman nipis.
"Selama saya kenal Abang Talhah. Dia nampak pendiam..."
"Abang Talhah tak pendiam pada asalnya. Dia jenis yang riuh dan sangat ceria. Tapi, abang ngah aku, Aatif Kasyaf dah meninggal waktu aku berumur lima tahun. Waktu tu, Abang Talhah tingkatan lima. Abang Aatif pun jenis yang ceria juga..."
Lily memandang Putera yang mengukirkan senyuman kelat.
"Sebelum Abang Aatif meninggal mereka berdua bergaduh. Abang Aatif tak pernah memulakan pergaduhan. Aku tak tahu kenapa tiba - tiba je dia bergaduh dengan Abang Talhah. Apa yang aku tahu, Abang Aatif keluar dari rumah dengan motosikal dia. Tak lama lepas tu, papa dapat panggilan. Abang Aatif kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Jadi, lepas perkara tu terus Abang Talhah berubah. Pelbagai ubat dia ambil sampai dia overdose. Papa kena bawa Abang Talhah pergi hospital. Aku nampak Abang Talhah nak bunuh diri jadi aku marah. Aku memang maki dia buat pertama kalinya. Aku tak suka abang aku buat benda bodoh. Alhamdulillah, sekarang dia dah okey sikit".
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...