LILY menayangkan senyuman apabila hari pertama dia bersekolah. Apa yang lebih mendebarkan sekolahnya tak sama dengan Nuh...
"Lily!" Sapa Shaqir apabila dia melihat wajah Lily yang comel saja dengan memakai baju sekolah.
"Hai, Shaq".
"Jomlah, Lily. Putera dan yang lain dah tunggu kita. Kami, ada kejutan untuk kau". Ujar Shaqir seraya menarik tangan Lily supaya mengikutinya.
Lily mengikuti juga langkah Shaqir-
"Lily!" Sapa Tristan.
"Hai, Lily". Kei melorek senyum.
"Lily, ini hadiah untuk kau sebab sudi datang ke sekolah ni. Aku yang minta papa yang asingkan kelas aku dengan yang lain sebab aku tak selesa..." Tutur Putera seraya menarik tangan...
"Nuh!" Tubuh Nuh terus saja dipeluk Lily.
Pipi Nuh merona.
"Nuh kata Nuh nak lompat kelas..."
"Kak Rina dah ada..."
"Ah, aku dah suruh abang aku tolong temankan Kak Rina. Abang aku pun berkenan pada Kak Rina jadi biarkan dia. Apa yang penting, Nuh ni bersetuju untuk pindah sekolah demi kau". Ujar Kei.
Lily meleraikan pelukan.
"Betul ke, Nuh?" Soal Lily sambil menatap polos wajah Nuh.
Nuh melarikan pandangan ke arah lain.
"Nuh risaukan Lily tak dapat sesuaikan diri. Jadi, Nuh minta papa dan mama pindah Nuh ke sekolah ni. Putera daftar nama Nuh dalam kelas ni..."
"Putera kan special. Jadi, pak long bayar sekolah untuk buat kelas special". Sindir Shaqir.
"Diamlah". Putera menjeling.
"Tapi, kita nak stay dengan Putera dalam kelas yang sama kita kena score cemerlang dalam setiap subjek. Putera memang dah tentu pandai sama macam abang dia". Ujar Kei pula.
"Mana ada". Nafi Putera.
"Seronok dapat berkawan dengan kau orang". Ujar Tristan.
"Aku minta maaf, Lily. Aku tak tahu yang Fathi' jahat. Aku betul - betul tak sengaja tau".
"Tak apa". Balas Lily dengan tenang.
"Kau tak ada niat jahat tak apa. Tapi, aku tetap tak suka kau". Ujar Nuh bersama - sama bisikkan.
Putera ketawa kecil.
"Aku suka kau, Nuh". Ujar Putera bersama - sama senyuman yang cukup manis.
Nuh membahang.
"Ini buku kau orang. Aku dan Tristin tolong ambil tadi". Ujar Shaqir sambil menggamit Nuh dan Lily mengikutinya.
"Terima kasih, Shaq dan Trist!"
"Sa-sama - sama..." Balas Tristin perlahan.
"Kyaaa, Lily comel! Sama - sama. Aku akan buat apa aje demi kau sekali pun terpaksa bermati - matian berenang di lautan api!" Balas Shaqir.
"Lautan api konon. Kau melecur sikit terus menangis panggil Aunty Kitten". Sinis Tristin.
"Di-diamlah! Ak-aku taklah merajuk kalau orang ambil sebatang lolipop aku!" Tukas Shaqir tak mahu kalah.
"Aku punya lolipop mana boleh kongsi!"
"Dah - dah. Jangan bergaduh sebab aku rimas. Jangan sampai aku lempang juga seekor - seekor". Tegas Kei.
"Macam mana kau dan Nuh boleh kenal, Lily?"
"Aku-"
"Bukan mata kau warna hijau ke, Putera?" Celah Nuh sebelum Lily sempat menjawab soalan Nuh.
"Aku pakai contect lens". Balas Putera.
"Kenapa?" Soal Lily.
"Aku tak suka orang pandang aku. Lagipun, aku tak nak nampak masa kesakitan orang. Aku takut secara jujurnya". Tutur Putera bersama - sama senyuman manis.
"Awak jangan risau sebab saya sentiasa ada dengan awak". Ujar Lily.
"Nuh pun sentiasa ada dengan Lily". Balas Nuh sambil memeluk erat pinggang Lily itu.
Lily menayangkan muka pasrah.
★★★
LILY memandang Kei yang menuangkan air untuk mereka. Tak sangka pula waktu kelas begini boleh minum teh-
"Kau dah lama ke serve orang?" Soal Nuh.
"Aku biasa serve tuan muda. Hairi Putera bin Adwa Aariz". Ujar Kei sambil memandang wajah Putera yang tersenyum nipis.
"Tapi, Kaiden bin Qaydeen Harraz. Kau anak orang kaya..." Tegur Nuh lagi.
"Ah, aku berkenan dengan Putera. Bukan berkenan macam aku suka perempuan. Putera nampak aku punya kesakitan tanpa sengaja jadi dia tak sanggup nak biar aku terluka jadi dia selamatkan aku menggunakan diri dia. Bermula hari tu, aku minta kebenaran Putera untuk serve dia. Tapi, Putera tak bagi".
"Aku tak bagi tapi hari - hari dia datang. Lama - lama aku setuju juga. Sekarang, inilah Kei". Ujar Putera.
Kei mengukirkan senyuman.
"Aku jumpa Putera waktu Putera datang majlis hari lahir aku! Aku tak pandai nak cari kawan jadi Putera tawarkan diri untuk jadi kawan aku". Kata Tristan.
"Aku? Aku memang kawan baik Putera. Kami berdua sepupu. Ayah dia abang pada daddy aku". Ujar Shaqir.
"Seronoknya jumpa ramai kawan". Gumam Nuh perlahan.
"Nuh, kau nak kawan dengan kami?" Tawar Putera.
Nuh memandang wajah Putera yang menghulurkan tangan padanya.
"Kalau Putera pun dah nak kawan dengan kau, aku pun okey je". Kei menghulurkan tangan pada Nuh.
"So, aku tak ada pilihan lain. Kawan dengan aku". Ujar Shaqir.
"Aku akan bagi kau lolipop satu". Ujar Tristan dalam nada segan.
Lily menggenggam tangan Nuh.
Nuh memandang wajah Lily.
"Kawan?" Soal Lily lembut.
"Okey. Kita kawan!" Sahut Nuh.
Putera, Kei, Tristan dan Shaqir saling bertukar senyum.
Mujurlah...
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...