REISS berehat di atas katil bersendirian.
Tablet Samsung miliknya tiba - tiba saja berdering apabila nombor yang tidak dikenali mendailnya. Ikon hijau ditekan tanpa perasaan ragu - ragu kerana jarang ada nombor yang tidak dikenali mendail nombornya.
“Hello?” Soal Reiss perlahan.
“Abang Reiss. Assalamualaikum!” Sapa Nuh dihujung talian.
Reiss terkedu.
“Hehehe. See? Abang Reiss boleh aje guna suara kan? Kenapa tak nak guna hmm?”
“Kau…”
“Hari ni mama kahwin dengan papa. Mama dah jadi mama official Nuh. Tadi, ayah Abang Reiss datang jumpa dengan mama sebab dia nak mama berbaik dengan dia. Mama tak nak. Abang Reiss nak tengok mama? Kita buat video call nak?”
Tut!
Ikon merah ditekan lalu dia melemparkan tabletnya itu jauh darinya.
Reiss mengetap bibir.
Tak guna!
Kenapa mummy buat dia macam ni? Kenapa mummy pilih untuk sayangkan Nuh berbanding dia?!
“Reiss…?” Pintu bilik dikuak.
Ajlaa melangkah masuk ke dalam bilik.
“Kenapa ni? Kenapa Reiss main baling - baling tablet?” Soal Ajlaa dengan lembut sambil dia mengutip tablet itu dan diberikan pada Reiss yang sedang duduk di atas katil.
“Kenapa menangis?” Soal Ajlaa dengan lembut.
Air mata yang mula mengalir jatuh membuatkan Ajlaa menyeka lembut air mata itu.
Reiss menaip sesuatu di dalam tabletnya lalu ditunjukkan pada ibunya.
Mummy dah kahwin dengan Uncle Afif. Mummy memang tak sayang Reiss…
Ajlaa memandang anak tirinya.
“Mummy bukan tak sayang Reiss. Mummy sayang Reiss selalu. Mummy cuma nak cari pasangan hidup. Mummy nak kawan untuk berbual macam daddy. Tapi, ibu akan pujuk daddy bawa Reiss jumpa mummy kalau Reiss nak jumpa mummy. Janganlah sedih”. Pujuk Ajlaa.
Reiss memeluk erat tubuh Ajlaa.
Ajlaa mengusap lembut rambut Reiss.
“Seorang ibu yang masih ada hati dan perasaan takkan pernah buang anak - anak dia macam itu aje sekali pun dia ada keluarga yang baru. Mummy pun sentiasa sayangkan Reiss tak kira di mana mummy berada. Percaya cakap ibu”. Pujuk Ajlaa lagi.
Tapi…
Dia tak mahu mummy ada dengan Nuh.
Dia nak hanya dia aje yang jadi anak mummy…
★★★
“ALA. Abang Reiss ni sombonglah”. Rungut Nuh.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...