KERETA Zayyan terpakir di depan halaman rumah Encik Raf lalu dia keluar untuk mendapatkan anak - anaknya.
“Raina. Rina. Masuk dalam kereta”.
“Tapi, Raina dan Rina nak main dengan mummy lagi. Raina rindu mummy”. Balas Raina perlahan.
“Rina tak nak balik”.
“Jangan mengada - ngada boleh? Masuk dalam kereta sekarang. Ibu dah tunggu di rumah. Kalau suka sangat main pasir yang kotor tu nanti daddy bawa keluarga kita bercuti. Raina dan Rina mainlah pasir puas - puas”.
“Tak nak”.
“Daddy kata masuk dalam kereta!”
“Siapa ajar jerkah anak - anak?” Soal Raifa pada Zayyan.
Boleh hilang sabar dia dengan perangai mementingkan diri Zayyan ini. Terlalu lama dia bersabar memang sekarang jangan harap dia nak bagi muka pada Zayyan lagi!
“Marah? Kau jerkah - jerkah Reiss tak apa pula? Kau ingat anak lelaki aku tu mainan ke?” Soal Zayyan kasar.
“Habis dia orang ni bukan anak - anak kau? Kau ingat dia orang ni sampah ke? Tak pandai nak jaga si kembar ni bagi aku. Kau bawa balik Reiss tu kau peluk je dia puas - puas. Aku takkan ambil Reiss dari kau”.
“Ada aku suruh kau ambil Reiss ke? Aku tak suruh pun. Anak - anak aku pun kau tak layak jaga. Kau gila”.
“Aku tak gila”.
“Orang gila mana nak mengaku dia gila kan?” Bidas Zayyan penuh sinis sekali membuatkan hati Raifa dihambat perasaan geram.
“Kenapa ni mama?” Tegur Nuh sebaik saja mendekati mamanya.
“Tak ada apa - apa, sayang”.
“Nuh? Nuh buat apa di sini?” Soal Zayyan sambil menatap seraut wajah Nuh itu dengan perasaan hairan.
“Nuh datang sini untuk tinggal dengan mama. Papa suruh Nuh duduk di sini”. Balas Nuh dengan jujur.
Zayyan mengerutkan dahi.
“Kenapa Nuh panggil perempuan gila ni mama?”
“Ada masalah ke kalau aku nak jadi mama dia? Kau pergi uruskan anak bini kau. Jangan sibuk - sibuk urusan hidup aku. Aku dah muak tengok muka perasan hensem kau. Afif lagi hensem dari kau”.
“Kau fikir dia nak kahwin dengan kau ke? Perempuan gila macam kau ni bukan cita rasa dia lah!” Sinis Zayyan.
“Tak baik uncle panggil mama Nuh ni gila. Dia bukannya gila. Dia tertekan aje. Bukan ke salah uncle sebab tak ambil berat tentang mama? Mama pun tak tahanlah hidup dengan uncle”. Celah Nuh dengan jujur.
“Pandainya anak mama”. Puji Raifa.
“Mana si Reiss ni pergi?” Soal Zayyan.
Reiss mendekati daddynya itu.
“Reiss jomlah balik. Ibu dah tunggu Reiss di rumah. Raina dan Rina jom kita balik. Nanti daddy cari masa untuk bawa Raina dan Rina pergi bercuti di pantai”. Gamit Zayyan supaya anak - anaknya itu masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...