PINGGANG Nuh dipeluk dengan erat lalu dia menyembamkan wajahnya pada bahu Nuh membuatkan Nuh hanya menayangkan muka pasrah. Sudah tak larat dia hendak melarang Lily dari memeluknya namun itu juga yang gadis itu lakukan.
“Kau tahu Lily ni melekat dengan kau 24/7”. Tegur Reiss sambil menompang dagu memandang Nuh.
“Lily yang manja Nuh tak boleh nak buat apa”. Gumam Nuh perlahan.
“Kau kena tunggu mama dan papa balik baru kita boleh mandi. Aku risau pula si budak ni akan ikut mandi sebab kau”.
“Janganlah tinggalkan Lily”.
“Lily duduk elok - elok”. Tubuh Lily dipindahkan bersebelahannya.
Lily menatap wajah Nuh.
“Jadi budak baik, Lily. Nanti lepas mereka tangkap mak cik Lily dan Nuh akan mula bersekolah macam biasa. Jadi, kalau kita pergi ke sekolah Lily tak boleh buat perangai macam di rumah. Faham?” Soal Nuh tegas.
“Baik, Nuh”.
“Comel betul. Nuh, kau rasa mama mengandung atau tak? Aku rasa mama macam mengandung je. Kau tengok papa kau tu macam tak bermaya je”. Gumam Reiss sambil menyandarkan tubuh pada sofa.
“Nuh harap mama mengandung. Nuh nak adik!”
“Kau tak kisah kalau kau dapat adik lelaki?” Soal Reiss pada Nuh.
“Nuh tak kisah. Lelaki atau perempuan Nuh tetap suka dan tak sabar nak menunggu!” Ujar Nuh penuh semangat.
“Mengandung tu apa?” Soal Lily polos.
“Mengandung tu ada baby dalam perut kau”. Balas Reiss.
“Baby? Lily nak baby”.
“Kau nak baby kau kena ajak Nuh kahwin baru kau boleh dapat baby”. Balas Reiss dengan selamba.
“Abang Reiss jangan ajar Lily bukan - bukan!”
“Kahwin? Nuh, jom kahwin?”
“Tak boleh, Lily. Kita kecil lagi. Mama kata 20 tahun ke atas baru boleh kahwin. Jadi, kita tunggu keputusan sama ada mama mengandung atau tak. Bila mama mengandung dan melahirkan baby kita boleh bermain dengan baby. Okey?”
“Baik, Nuh”. Akur Lily.
Nuh mengusap rambut Lily.
“Janganlah bercinta depan aku. Aku tak ada pasangan lagi”. Rungut Reiss apabila melihat kemesraan Nuh dan Lily.
“Nu-Nuh tak bercinta dengan Lily!” Nafi Nuh pantas.
Lily memeluk erat lengan Nuh.
“Lily mengantuklah, Nuh”. Gumam Lily seraya menyembamkan wajah pada ceruk leher Nuh.
“Lily tidurlah sini”. Nuh menggamit Lily berbantalkan pehanya membuatkan Lily akur saja dengan arahnnya. Lily merebahkan kepala di atas riba Nuh lalu dia memejamkan matanya.
Nuh mengusap lembut rambut Lily.
“Kau takkan risau kalau dia sekolah nanti?” Soal Reiss.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...