Jurnal DocReen
Cinta mula berputik disebabkan wujudnya sebuah firasat.
Tetapi firasat itu terjadi disebabkan oleh wujudnya cinta!
Gila ke apa ni??
* * * * *
Sukar untuk Azrina menahan air matanya yang bertakung sejak dari subuh tadi dari melimpah.
Sukar sekali.
Apabila Uzair menghulurkan tangan kanan untuk salam, Azrina menyambutnya dengan kedua tangannya. Kepala ditunduk. Tangan dicium dengan bibir. Air yang bertakung disebalik kelopak mata jatuh berderai.
Uzair mengusap kepala Azrina dengan usapan yang manja.
ʻʻKenapa ni, Sayang? Abang pergi Sabah jer punʼʼ
Tangan yang dikucup masih tidak dilepaskan. Bekas gincu merah terlekat di tangan. Azrina mula menangis dengan perlahan.
ʻʻDah, dah tu. Tak elok lah awak menangis macam ni. Malu jer kat orangʼʼ bisik Uzair sambil menepuk-nepuk belakang Azrina.
Tangan kiri Uzair kemudian memegang lengan Azrina. Didirikan perlahan wanita itu dari posisi menunduk untuk melihatnya. Air menitis membasahi pipi.
Azrina mengelap pipinya. Satu senyuman diberikan pada suami.
Uzair membalas senyuman sambil menaikkan satu bulu kening, memberikan expresi pujukan pada raut manis mukanya.
ʻʻSorry, Bang. Reen melankoli pulak tiba-tibaʼʼ balas Azrina, mengelap air matanya lagi.
ʻʻAwak ni Drama Queen lahʼʼ balas Uzair, bergurau. ʻʻHantar orang pergi Haji pun tak emo macam niʼʼ
Azrina tergelak dalam sedihnya itu. Uzair pun gelak sama.
ʻʻMungkin sebab Reen jarang berpisah dengan Abang kotʼʼ balas Azrina. ʻʻIya lah. Abang kalau busy, balik lewat pun, still balik jugak. Malam ni... Reen tidur sorangʼʼ katanya, sayu.
ʻʻSuruh si Afiq teman Reen tidur malam ni ya?ʼʼ cadang Uzair.
ʻʻTengoklah. Reen tak nak biasakan dia tidur dengan parentsʼʼ Azrina menggeleng kepala.
ʻʻAlah. Bukan selalu. Nak teman Reen jer punʼʼ balas Uzair semula.
Azrina mengangguk.
ʻʻAbang pergi berapa lama?ʼʼ tanya Azrina sambil Uzair mengendong bag laptopnya ke bahu.
ʻʻTak tahu lagi. Harap tak lama lah. Weekend Abang cuba balikʼʼ balas Uzair.
Azrina mengangguk lagi.
Melihat Azrina masih sayu, Uzair kemudian memeluk tubuhnya isterinya erat.
Azrina membalas pelukan Uzair sambil kedua tangan memeluk tubuh belakang lelaki itu.
Azrina menarik nafas dalam, membau tubuh suaminya. Dalam nafasnya. Dalam.
Dalam pelukan Uzair, Azrina merasa tenang.
Dia berasa selamat.
Dia berasa dilindungi.
Tapi pelukan itu tidak kekal selamanya. Setelah seketika, Uzair melepaskan pelukan tubuh isterinya.
ʻʻAbang pergi dulu ya?ʼʼ bisiknya perlahan.
ʻʻOk, bang. Jaga diri baik-baikʼʼ pesan Azrina.
ʻʻAwak pun. Ingat pesan abangʼʼ Uzair tersenyum sambil mengusap kepala Azrina.
Azrina mengangguk, tanda faham. Pesanan seorang suami kepada isteri untuk menjaga kehormatannya apabila suami tiada di rumah.
Tetapi walaupun kepala mengangguk, Azrina akui, hatinya sudah perlahan-lahan terbelah dua. Fikiran warasnya masih cuba untuk menidakkan perasaan yang mengelirukan ini. Ajaran agama di dada masih lagi cuba mempertahankan kesetiaan terhadap suaminya.
Tetapi... hatinya sudah terbelah. Kerana di dalamnya, sudah mula terbitnya rasa cinta terhadap seorang lelaki.
Seorang lelaki yang bukan suaminya.
Lelaki yang baru sahaja menghampirinya mereka.
ʻʻTake care, bro. Hopefully semuanya successʼʼ kata Asraff sambil menyalam tangan Uzair.
ʻʻDoakan. Apa-apa pun nanti aku akan update kauʼʼ balas Uzair sambil tersenyum. Tangan mereka masih bersalaman.
Setelah salaman dileraikan, Ashraff mengeluh sedikit sambil memandang Uzair. ʻʻZair... you might not be dealing with me anymore lepas niʼʼ katanya perlahan.
Uzair mengerutkan dahi. ʻʻMaksud kau?ʼʼ
Ashraff menghela nafas. ʻʻAku rasa aku nak ikut kata hati aku lah, Zair. Macam yang kau cadangkan dekat aku hari tuʼʼ
ʻʻMaksud kau... youʼre quitting from building inspection?ʼʼ tanya Uzair mendapatkan kepastian.
Ashraff mengangguk.
ʻʻFamily kau okay?ʼʼ tanya Uzair lagi.
ʻʻAku dah inform father aku. Aku nak serahkan semua tanggungjawab aku pada my brother. Dia pun baru jer habis secondment dekat UK dan dah dapat Chartered Surveyor. Heʼs going to take over the companyʼʼ balas Ashraff.
ʻʻSo... what happens to you?ʼʼ tanya Uzair.
ʻʻYou know what... dah tiba masanya aku kejar impian hati aku yang aku pendam selama ni... akan aku kejar sampai aku dapat... Iʼve done taking care of other peopleʼs feelings. Now itʼs time I do it for meʼʼ Ashraff berkata sambil merenung mata Uzair dengan dalam.
ʻʻOkayʼʼ balas Uzair. ʻʻIʼm happy for you, Raff. But does this mean, kau tak contact aku lagi ke? Rindu lah pulak sembang dan mengeteh dengan kauʼʼ
Ashraff tersenyum. ʻʻMana tahu, kalau ada rezeki... kita jumpa lagiʼʼ
ʻʻInshaAllahʼʼ balas Uzair. ʻʻBy the way, thank you sebab tolong hantarkan Reenʼʼ
Mereka berjabat tangan lagi. ʻʻItʼs okay. Small matterʼʼ balas Ashraff.
Tangan mereka dileraikan.
Ashraff tidak lekang memandang Uzair. Rasa sedikit sayu pun ada. Bohonglah kalau dia tidak rasa sedikit simpati melihat lelaki itu. Manis orangnya. Aman rupa parasnya. Bersih mukanya. Tetapi lelaki inilah yang bakal dihancurkan hatinya. Hancur sehancur hancurnya.
Maafkan aku, Zair. Mungkin ini kali terakhir kita berjabat tangan seperti ini. Sebab selepas ini, akulah orang yang paling engkau benci.
Uzair melambai tangan kepada Azrina dan Ashraff sambil dia menurun eskalator ke tingkat bawah menuju ke balai berlepas KLIA.
Azrina tidak putus melambai-lambai tangan kepada suaminya. Susah untuk dia menahan air mata dari melimpah. Susah.
Tangan Azrina akhirnya rebah perlahan, tatkala melihat Uzair melintasi Autogate dan hilang dari pandangan.
Azrina menghela nafas.
Kepalanya tertunduk.
Melihat Azrina sedih, Ashraff memeluk bahu wanita itu. Sehelai saputangan diambil dari poket seluar. Air mata yang membasahi pipi dilap perlahan.
ʻʻDah tu, sayangʼʼ bisik Ashraff. ʻʻDia dah pergi. Jom, kita balik?ʼʼ
Azrina mengangguk.
Pelukan dibahu dilepaskan.
Tangan kanan Azrina dipegang erat.
Ashraff memimpin Azrina sambil mereka berdua meninggalkan perkarangan lapangan terbang itu, menuju ke arah tempat letak kereta.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomanceSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...