53

11.4K 194 269
                                    

Panggilan video Microsoft Teams kedengaran berdering beberapa kali dari komputer riba yang terletak di atas meja kerja Azrina sambil menunggu ianya dijawab.

ʻʻHelloʼʼ jawab Professor Malik dari pejabatnya di USM induk Miden, Pulau Pinang. Pensyarah veteran itu dilihat segak memakai kemeja dan bertali leher.

ʻʻHello, Professor Malikʼʼ balas Azrina dengan senyuman, ʻʻMaaf ganggu Prof petang ni tanpa buat appointment duluʼʼ

ʻʻTak mengapa, doktor Azrinaʼʼ balas Malik, ʻʻKebetulan saya tak ada kuliah petang ni. Doktor Azrina apa khabar? Sihat?ʼʼ

ʻʻAlhamdulillah, saya sihat, Prof. Thank you sekali lagi sebab hantar saya ke klinik hari tuʼʼ ucap terima kasih Azrina kepada pensyarah veteran itu.

ʻʻSama-sama. Doktor Aina kata awak pregnant sebenarnya. Tahniahʼʼ balas Malik.

ʻʻTerima kasih Prof. Doakan pregnancy ketiga saya ni dipermudahkan sampai sembilan bulan nantiʼʼ kata Azrina.

ʻʻInshaAllahʼʼ balas Malik.

ʻʻProf. Errmm... saya nak mintak maaf jugak sebab penampilan saya petang ni nampak macam selekeh jer. Saya sebenarnya masih CTR lagi sebenarnya niʼʼ jelas Azrina.

ʻʻYa, saya ada dengar juga pasal berita ni. Takziah saya ucapkan. Semoga roh anak dokter ditempatkan bersama orang-orang yang berimanʼʼ

ʻʻAmeen. Terima kasih, Profʼʼ

ʻʻSama-sama. Saya ada dengar berita, awak nak mintak tukar ke Kota Kinabalu kan?ʼʼ

ʻʻHa ah, ya betul tu. Lepas habis CTR ni, saya akan ikut suami ke sana. Tengah pack-pack baju sekarang niʼʼ senyum Azrina, mukanya manis seperti tidak sabar menunggu hari gembira tersebut.

ʻʻBaguslah, dokter. Anggaplah ianya satu hijrah ke tempat yang baruʼʼ kata Malik.

Azrina mengangguk. Memang baginya, perpindahkan ke Kota Kinabalu nanti satu hijrah buat dirinya. Sejujur dan seikhlasnya dia ingin meninggalkan sejarah hitam yang telah dilaluinya di Semenanjung, cuba tidak mahu mengenangkan lagi ketelanjuran yang telah dia lakukan bersama Ashraff di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Dia mahu meninggalkan semua itu disini dan berpindah mengikuti Uzair ke Sabah untuk memulakan hidup baru disana kelak.

ʻʻProfʼʼ kata Azrina lagi, ʻʻTujuan saya call Prof ni ialah untuk kita sambung penutup paper saya yang kita bincang tempohariʼʼ

ʻʻYes. Saya ingat lagi paper tu. Dokter Azrina dah dapat buat penutup pada paper tu?ʼʼ tanya Malik.

ʻʻSaya dah deraf. Terima kasih kepada Prof sebab emel saya sampel data dari pesakit-pesakit koma yang Prof kumpul tuʼʼ kata Azrina sambil melihat skrin kedua komputernya yang memaparkan pelbagai jenis transkrip temuramah pesakit-pesakit yang pernah diisytiharkan meninggal dunia, tetapi kembali semula hidup kerana dapat diselamatkan oleh doktor dan jururawat hospital.

ʻʻSaya ambil data ni dari thesis pelajar saya dalam bidang ni. Dua belas pesakit koma, dan ada juga yang terlibat dalam kemalangan jiwa, yang jantung mereka berhenti lebih dari dua minit, malah telah diisytiharkan meninggal dunia buat seketika, sebelum mereka dapat diselamatkan semula, samada dengan bantuan CPR, Defibrillator, ataupun dengan kejadian sendiriʼʼ

ʻʻTerima kasih, Prof. Dari data temuduga yang Prof bagi ni, semua patient yang di interview beritahu, waktu mereka mati tu, mereka seolah-olah berada dalam satu alam perantaraan, pada satu persimpangan, satu sempadan. Ada yang cakap mereka boleh bercakap pada arwah mak ayah yang tersayang, sambil mendengar nama mereka dipanggil-panggil dari alam nyataʼʼ

ʻʻTu lah. We called this region Limbo, based on Christian belief of the place between heaven and hellʼʼ angguk Malik sambil melihat data yang sama di depan skrin komputernya.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now