19

9K 121 8
                                    

ʻʻOkay... okay... letʼs start from the very beginning. Doktor Azrina kena ceritakan apa yang sebenarnya berlaku tadi?ʼʼ tanya Shukri dengan nada yang agak risau pada Azrina.

Azrina meneguk sebotol air. Belakangnya masih diusap-usap oleh Emma. Rakan baiknya itu baru sahaja membetulkan tudung shawl Azrina pada kepalanya yang agak kusut masai. ʻʻProf, bagi Rina some time sikitʼʼ

Azrina mengangguk sambil menghabiskan air di dalam botol plastik. ʻʻIʼm okay, Emma. Iʼm okayʼʼ

ʻʻOkay. Baikʼʼ sambung Shukri. ʻʻThe most important thing yang saya nak tahu. Adakah berlaku sebarang kekasaran tadi?ʼʼ

Azrina menggeleng kepala.

ʻʻDia tak ada cederakan you? Dekat mana-mana?ʼʼ tanya Shukri lagi.

ʻʻTak, Profʼʼ Azrina menjawab.

ʻʻDoktor Azrinaʼʼ sambung Shukri ʻʻAdakah dia buat... erm... benda-benda yang tak baik pada you?ʼʼ

Azrina telan air liur. Emma masih menggosok belakang Azrina.

Azrina mendongakkan kepala dan memandang Shukri. ʻʻTak de, Profʼʼ katanya perlahan.

ʻʻBetul ni? Dia tak ambil kesempatan dan buat perkara kurang sopan?ʼʼ tanya Shukri lagi untuk mendapatkan kepastian.

ʻʻTakʼʼ balas Azrina lagi. Emma memandangnya dengan mata yang risau, bercampur keliru.

ʻʻOkay. Good. Jadi I sekarang nak tahu. Kenapa you menjerit tadi?ʼʼ Shukri bertanya lagi. ʻʻPlease tell us what happened?ʼʼ

Azrina melihat Emma. Emma melihat Azrina. ʻʻAku pun nak tahu, babe. Kenapa kau menjerit tadi?ʼʼ

Azrina menghela nafas. Tak tahu macam mana nak cerita. Tak kan dia menceritakan kesemuanya? Dia perlu juga merahsiakan beberapa perkara, terutama sekiranya perkara itu terlalu intim, agar dia dapat menutup aib nya juga.

Azrina menelan air liur. ʻʻPagi tadi cuaca panas. Saya berpeluh sedikit. Jadi saya masuk dalam bathroom dan bukak tudung. Tapi... saya tak perasan saya dah pesan dekat Sofia kalau Encik FizikFikri sampai, bawak dia terus masuk ke dalam office saya...ʼʼ Azrina memulakan ceritanya.

ʻʻOkay, lepas tu?ʼʼ Shukri berkata sambil Azrina mengambil nafas dan meneguk sedikit air dari botol plastik ditangannya.

ʻʻMasa Encik Fikri masuk, saya terkejut sebab saya tak pakai tudung. Dia nampak aurat saya, jadi saya menjerit. Saya panik, Prof... Saya erm... halau dia keluarʼʼ sambung Azrina lagi.

Shukri menghela nafas. ʻʻOh itu ker yang berlaku? Ashraff Fikri nampak aurat awak sebab awak tak pakai tudung masa tu?ʼʼ

Azrina mengangguk.

ʻʻDia nampak pun bukan sebab dia sengaja kan. Dia ada mintak maaf tak?ʼʼ tanya Shukri lagi.

ʻʻAdaʼʼ jawab Azrina ringkas.

ʻʻOkay. Faham. Awak panik. Sebab dia nampak rambut awak. Itu pun bukan sengaja. Tu saja ke yang berlaku?ʼʼ Shukri cuba untuk mendapat kepastian.

Bukan dia sekadar nampak rambut aku. Tetek aku pun dia nampak jugak. Balas Azrina dalam hati. Tetapi pada Shukri, dia hanya menangguk.

ʻʻDia pun dah mintak maaf. Jadi sebagai courtesey, apa kata you juga contact dia dan mintak maaf jugak. Sama-sama buat silap. Sama-sama apologiseʼʼ cadang Shukri.

Azrina menelan air liur. ʻʻTak nak lah, Profʼʼ kata Azrina. Sesungguhnya dia tidak mahu berjumpa dengan Ashraff lagi.

ʻʻTak baik macam tu. Kita kan tuan rumah. Dia tetamu. Aleh-aleh kita yang halau dia. Saya rasa tak selesa dia perlakukan begitu. Lagipun bukan you sorang yang jemput dia datang untuk collaborate dengan your paper. I pun ada message dia mintak dia datang jugak. So we are not just talking about you, doctor. This is the faculty, and also USM weʼre talking aboutʼʼ hujah Shukri panjang lebar.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now