32

7.5K 143 33
                                    

Uzair termenung. Tidak bergerak dari tempat duduknya. Matanya memandang ke luar menerusi tingkap pintu teksi yang sudah tiba ke destinasinya.

ʻʻDah sampai, Encikʼʼ kata drebar teksi itu di tempat duduk hadapan.

Uzair tidak menjawab. Matanya masih merenung kawasan red-light district di uptown Kota Kinabalu. Di luar teksi itu berderatan kelab-kelab malam. Setiap satunya dijaga oleh pengawal-pengawal yang berbadan besar. Disekelilingnya pula terdapat pelbagai gadis dan wanita berpakaian seksi, menunggu pelanggan datang. Lelaki keluar dan masuk silih berganti. Ada yang berteman. Ada yang keseorangan.

ʻʻEncikʼʼ tegur pemandu teksi itu lagi. Kali ini dia menoleh kebelakang.

Uzair tersentak dari lamunannya. Terus dia menoleh ke arah pemandu teksi itu.

ʻʻOh, yaʼʼ katanya, antara senyum dan tidak. ʻʻTerima kasihʼʼ sambungnya lagi sambil tangan mencapai pemegang pintu teksi tersebut untuk menariknya buka.

ʻʻEncikʼʼ tegur pemandu teksi itu lagi.

Uzair kembali memandang pemandu itu. Sebelah keningnya diangkat sedikit.

Pemandu teksi itu menghulurkan kad. ʻʻEncik. Kalau Encik nak perempuan, call jer saya. Saya boleh hantarkan ke Marriott. Tak perlu Encik datang ke sini. Tempat ni...ʼʼ

Uzair mengambil kad dari tangan pemandu teksi itu. Di atasnya terdapat nombor telefon bimbit.

Uzair kemudian memandang semula pemandu itu. ʻʻTempat ni apa?ʼʼ tanyanya ingin tahu kenapa pemandu itu tidak menghabiskan ayatnya.

Pemandu teksi itu menghela nafas. ʻʻ...tempat ni... kerasʼʼ balasnya. ʻʻSaya nampak Encik ni macam orang baik. Betul ke Encik nak ke sini?ʼʼ

Uzair memasukkan kad tersebut ke dalam kocek bajunya.

Pemegang pintu teksi itu ditarik. Pintu pun terbuka.

ʻʻSaya bukan nak cari keseronokan. Saya nak berbincang dengan seseorangʼʼ balas Uzair pantas, sambil melangkah keluar.

Notifikasi Grab berdenting pada telefon pintarnya memberitahu bayaran tambang teksi itu telah pun dibuat.

Teksi itu pun beredar, meninggalkan Uzair berdiri keseorangan di tepi lorong tersebut.

Dua orang wanita menghampiri Uzair. Terus dipeluk lengan Uzair. ʻʻBang, jom kita minum-minum?ʼʼ tanya seorang wanita, cuba untuk mencari peluang.

ʻʻNo thank youʼʼ balas Uzair. ʻʻSaya nak jumpa Madam Yong. I believe she is your boss. Can you please take me to her?ʼʼ

Belum sempat wanita itu menjawab, seorang pengawal berbadan besar setinggi 6 kaki 6 inci menghampiri Uzair.

Uzair pandang ke atas melihat kepala lelaki besar itu.

ʻʻApa business you nak jumpa Madam Yong?ʼʼ tanyanya dalam suara yang agak menggerunkan.

Uzair telan air liur. Buat seketika, lidahnya sedikit terkelu.

ʻʻHey. Kau pekak ke? Aku tanya soalan ni?!ʼʼ ulang si-badang sambil mendekatkan tubuhnya pada Uzair. Badan mereka berlaga.

Uzair seperti tidak dapat hendak menjawab.

Si-badang kemudiannya meletakkan tangannya pada bahu Uzair. Bahu tersebut digenggam kuat.

ʻʻWait! Wait!ʼʼ balas Uzair tatkala merasa kesakitan pada bahunya. Tak pernah dia tengok tangan manusia sebesar itu menggengam bahunya.

ʻʻOh boleh bercakap?ʼʼ sindir si-badang sambil tergelak. Si-badang kedua menghampiri mereka. Dibelakangnya si-badang ketiga pun nampak juga.

Uzair hampir panik. Matilah aku. Terkenang isterinya Azrina. Anak-anaknya Afiq dan Qistina. Juga mak dan ayahnya di kampung.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now