Uzair melipatkan sejadah setelah memanjatkan doa yang menyusuli dua salam solat subuh yang baru sahaja selesai dilaksanakannya. Sejadah disidai pada para kayu yang tersedia.
Pintu bilik tidurnya dibuka dan dia melangkah keluar ke ruang tamu suite dua bilik yang telah menjadi kediamannya sejak tiga hari dua malam di pulau peribadi milik Datuk Charles itu.
Ditolehnya pada pintu bilik tidur Mawar. Ianya masih tutup berkunci. Mungkin isteri rakannya itu masih tidur dengan nyenyak lagi.
Uzair kemudian berjalan menuju ke arah balkoni suite tersebut. Pintu dedua french doors yang memisahkan ruang tamu dengan balkoni dibuka. Kaki tidak beralas melangkah pada batu marmar yang menjadi lantai balkoni tersebut. Masih sejuk rasa pada tapak dari dingin malam semalam. Uzair bersandar kehadapan sambil merehatkan kedua lengannya pada railing balkoni tersebut, melihat kecantikan matahari yang baru terbit dari ufuk timur, jauh disebalik laut yang tenang.
Hati Uzair juga berasa tenang ketika itu, sambil terkenangkan isteri dan anak-anak di rumah, ibu-bapa dan keluarga dikampung. Satu senyuman dihadiahkan pada diri sendiri, berucap syukur di atas nikmat yang telah diberi.
ʻʻAwal you bangunʼʼ suara Mawar kedengaran perlahan dari belakang.
Wanita yang hanya berpakaian baju tidur sutera berwarna putih itu juga berkaki ayam. Mawar turut sama datang pada balkoni itu, bersandar pada railing disebelah Uzair sambil melihat sinar matahari memecahkan langit yang masih hitam.
ʻʻCantik kan?ʼʼ kata Uzair sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan di hadapan mereka. ʻʻI purposely woke up early in the morning just to catch this momentʼʼ
ʻʻYesʼʼ balas Mawar, ʻʻbeautiful sangatʼʼ katanya sambil matanya bercahaya melihat ufuk timur dihadapan mereka.
Uzair menoleh kepalanya kepada Mawar. Wanita disebelahnya ini hanya berpakaian baju tidur. Tidak memakai bra ataupun seluar dalam.
ʻʻMana dapat pyjamas ni?ʼʼ tanya Uzair melihat baju tidur Mawar.
ʻʻHousekeeping diaorang bagi. They just realised I tak bawak beg baju pun. I have been wearing the same clothes dah tiga hari dahʼʼ kata Mawar.
ʻʻTu lahʼʼ balas Uzair sambil menoleh kembali melihat hadapan, ʻʻsapa suruh stowaway? Lain kali jangan buat decision melulu macam tuʼʼ
ʻʻKalau I tak buat, tak de lah I dapat experience keindahan pemandangan ni like weʼre seeing this nowʼʼ senyum Mawar, cuba mencari alasan.
ʻʻYouʼre lucky itʼs me yang handling this project. Kalau mamat lain, silap-silap you dah kena jual bulat-bulat dekat Charles jadi his sex playgirl this weekendʼʼ balas Uzair, suara yang sedikit serius.
Mawar hanya tergelak, ʻʻCome on, Zair. I donʼt think Charles is that bad after allʼʼ
Uzair menghela nafas. Menggeleng kepala. ʻʻBecareful of wolf in sheepʼs skin, Mawar. Dah tiga hari kita kat siniʼʼ katanya perlahan. ʻʻStill havenʼt meet him yetʼʼ
Mereka kemudian senyap seketika sambil kembali memandang permandangan yang indah di hadapan mereka. Matahari sudah pun menampakkan dirinya jauh di sebalik hujung lautan. Langit gelap semakin perlahan-lahan bertukar menjadi terang.
Tatkala cahaya semakin menerangi pulau itu, Uzair dan Mawar nampak beberapa orang pengawal sudah berjaga disekeliling kawasan pulau itu. Mereka memakai blazer, seluar hitam, bertali leher. Dibahu masing-masing digalas tali submachine gun Uzi, sambil senjata dipegang kemas kedua tangan. Uzair menelan air liur melihat pengawal-pengawal bersenjata itu, khuatir dirinya dan Mawar kini sudah menjadi tahanan.
Juga di kalangan mereka, beberapa pekerja membuat tugasan masing-masing. Ada pekerja rumah sedang membersihkan kawasan, pekerja kebun sedang menyiram pokok bunga, juga pekerja yang berpakaian seperti doktor dan jururawat pun ada juga.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomanceSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...