45 🔞

35.3K 197 219
                                    

Suasana di Atmosphere 360 sangat meriah sekali. Keseluruhan restoran berputar itu telahpun ditempah untuk majlis keraian Kesawa Group dan anak-anak syarikatnya.

Masing-masing berpakaian segak. Lelaki dengan baju kasual yang kemas dan ada juga yang berjaket. Wanita pula memperagakan pelbagai rekaan evening dress masing-masing.

Azman memakai kemeja Ralph Lauren, isterinya Seri Dewi seperti biasa tidak segan menunjuk aset tubuhnya menerusi baju evening dress Zara, dengan belahan dada dan kaki yang agak ketara.

Dean memakai kemeja Hugo, sementara isterinya Puteri Nura Mentari memilih Laura Ashley.

Turut hadir juga ialah Yusuf bersama isterinya Siti Zulaikha, Sulaiman bersama teman wanitanya Puteri Balqis. Linda bersama tunangnya Zulkifli, Emir bersama teman wanitanya Juwita. Selain dari itu, terdapat juga beberapa kakitangan dan tetamu jemputan lain yang turut hadir juga.

Uzair pula memakai kemeja dari Tommy Hilfinger, sementara Azrina memakai busana dan tudung dari Rizman Ruzaini.

Pelbagai jenis juadah disediakan menerusi konsep open buffet, termasuk free-flow minuman keras yang dihidang tanpa henti.

Azrina cuba untuk menyesuaikan dirinya dari rasa sedikit terasing dengan suasana sosial yang agak terbuka itu. Dia adalah antara wanita yang memakai baju menutup aurat, dengan tudung menutup kepala. Kebanyakkan yang lain semuanya free-hair. Malah, evening dress masing-masing seperti jahitan yang tidak cukup kain. Samada mendedahkan bahu, belakang, dada, ataupun kaki.

Suasana majlis sosial Kesawa berbeza sekali berbanding annual dinner anjuran USM ataupun mana-mana kementerian kerajaan, yang mana semuanya berhemah-hemah sahaja.

Walau bagaimanapun, Azrina cuba sedaya-upaya untuk berapat mesra tatkala bersama dengan rakan-rakan sekerja Uzair. Seperti suaminya, Azrina cuba untuk selesa berbual dengan mana-mana rakan lelaki mahupun perempuan. Dia cuba untuk tidak nampak macam out of place.

Pernah terdetik di dalam hati Azrina untuk membuka tudung apabila menghadiri majlis sosial seperti ini, agar tidak nampak seperti terlalu kolot. Tetapi tidak memakai tudung bukanlah alasan untuk berfesyen. Malah, busana dan tudung yang dimilikinya semuanya up-to-date. Uzair tidak pernah menghalang Azrina untuk melaram, memakai pakaian yang cantik, ataupun mengenakan make-up yang tebal.

Tetapi Azrina tahu, tahap sosial Uzair juga ada batasnya. Tidak seperi rakan-rakan yang lain, Uzair tidak menyentuh minuman keras. Begitu juga prinsip Azrina, yang mengikuti langkah suaminya. Mereka berdua hanya minum non-alcoholic beverages and cocktails sahaja.

Majlis keraian dimulakan dengan ucapan ringkas dari Azman, Pengerusi Kesawa Group. Pada ucapan tersebut, Azman mengumumkan perlantikan Uzair sebagai Pengurus Besar baru di cawangan mereka di Kota Kinabalu. Pengumuman itu diikuti tengan tepukan dan ucapan tahniah buat Uzair dari rakan-rakan sekerjanya.

Selepas ucapan tersebut, mereka menjamu selera makan malam dengan hidangan yang disediakan. Konsep open buffet ini lebih menjurus kepada konsep standing dinner. Walaupun banyak kerusi dan meja disediakan, tapi terdapat juga meja tinggi untuk mereka yang ingin makan berdiri sambil bersembang sesama sendiri.

Setelah hidangan makan malam dijamah, masing-masing berlegar-legar sambil bersosial sesama mereka. Uzair, Yusuf, Zulkifli, Sulaiman dan Emir dalam satu kumpulan. Azman, Dean dan beberapa jemputan kenamaan dalam kumpulan yang lain pula.

Sementara kumpulan wanita sedang santai-santai duduk berbual, bergosip, membawang dan tergelak sambil menikmati pelbagai jenis minuman keras. Seri Dewi, Mentari, Zulaikha, dan Azrina dalam kumpulan yang paling menyerlah. Sementara Balqis, Linda, dan Juwita dalam kumpulan lagi satu. Tetapi kedua kumpulan ini bergabung tidak lama selepas itu.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now