50

9.5K 180 173
                                    

ʻʻSayangʼʼ bisik Ashraff perlahan sambil memegang kedua-dua tangan Azrina. Matanya berair, sayu, tidak berkelip sambil merenung dengan dalam seorang wanita yang sangat-sangat dicintainya, yang sedang berdiri berhadapan dengannya.

Berdiri di atas kepulan kabus yang seolah-olah menggantikan tanah dan bumi.

ʻʻYa, sayangʼʼ jawab Azrina juga dalam bisikan. Matanya juga berkaca-kaca, seolah-olah berkongsi kesayuan lelaki yang sedang merenungnya pada ketika itu.

Ashraff menghela nafas. Berat buatnya untuk meneruskan ayatnya. Berat sekali.

Ashraff kemudian menunduk, telan nafas sekali, sebelum kembali mengangkat mukanya memandang Azrina.

ʻʻSayangʼʼ Ashraff cuba juga melontarkan suara yang antara dengar dan tidak. ʻʻMaafkan I... sebab... I tak dapat... kotakan janji-janji Iʼʼ tuturnya satu-persatu, seperti sukar perkataan-perkataan itu dilafazkan dari tekaknya yang seolah-oleh dihalang oleh sesuatu.

Dihalang oleh hatinya yang susah untuk melepaskan.

Melepaskan cinta hati yang sedang berdiri dihadapannya.

ʻʻKenapa you kata macam tu, Ash?ʼʼ tanya Azrina, sedikit keliru dengan kata-kata Ashraff itu tadi. ʻʻBukan kah takdir kita dah tentukan kita akan bersama?ʼʼ

Ashraff tersenyum sedikit. Geleng kepalanya sekali dua. Sesungguhnya perancangan mereka sebenarnya tidak tepat seperti yang dijangka. Sesungguhnya perancangan mereka meleset sekali.

ʻʻTak, sayangʼʼ balasnya, suara masih sayu. ʻʻKita dah pun lalui semua takdir kita. Tapi takdir kita sebenarnya hanya sampai di sini sajaʼʼ

ʻʻI tak faham, Ashʼʼ balas Azrina cuba untuk menidakkan kenyataan Ashraf tadi. Matanya yang berair tadi sudah mula mengalir membasahi pipi. ʻʻYou kata apa ni?ʼʼ suaranya serak dalam tangisan yang sepi.

Ashraff tertunduk sedikit. Kali ini dia angguk sekali. Sekali sahaja. Angguk tanda faham. Angguk tanda menerima takdir percintaan mereka. Ketentuan takdir yang dia telah akhirnya menerimanya.

ʻʻSemua yang kita nampak tentang takdir kitaʼʼ katanya perlahan, ʻʻSemua tu memang betul berlaku... memang terjadi...ʼʼ Ashraff menghela nafas sekali, ʻʻtapi... kita banyak tersalah anggap. Kita ingat kita akan bersama selamanya. Tapi... sebenarnya... hakikatnya... cinta kita... hanya singgah buat sementara...ʼʼ

ʻʻNoʼʼ pintas Azrina. ʻʻCinta I pada you bukan sementara, Ash... Hadirnya you dalam hidup I... you telah berikan I erti baru apa itu maksud sebuah cintaʼʼ

Ashraff mengangguk. Dia juga menitiskan air mata. Berat sungguh hatinya dengan kata-kata. Seolah-oleh seluruh timbunan gunung ganang sedang menghimpit dadanya.

ʻʻI love you with all my heart, Syarifah Azrina. I love you so much. And I will never forget you. You will... and always will be... my one and only... true loveʼʼ ucap Ashraff dengan kata-kata cintanya yang ikhlas datang dari hati. Kata-kata yang akhirnya dilafazkan walaupun telah disekat berkali-kali.

Ashraff dan Azrina berpelukan erat. Sangat-sangat erat.

Mulut mereka bertemu. Kucupan mereka dalam. Lama. Seperti tidak mahu dilepaskan.

Kucupan yang begitu mengasyikkan.

Begitu syahdu.

Begitu menyusuk kalbu.

Tetapi.

Yang sementara itu akhirnya tetap juga sementara.

Seperti juga kucupan yang bergitu indah ini.

Akhirnya... ia terlerai juga.

Walaupun bibir sudah terlerai.

Tetapi dahi mereka bersentuh.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now