48

15.2K 182 219
                                    

Azrina melangkah masuk ke dalam villa Bukit Ferringhi dengan langkah yang lemah dan longlai. Badannya penat, tubuhnya letih. Beg laptop yang digalas pada bahu diletakkan atas kerusi panjang sambil dirinya sendiri rebah bersandar disebelah kerusi yang sama, melepaskan nafas sambil cuba mengembalikan tenaga.

Ashraff yang perasan Azrina sudah pulang, terus membawa segelas air kosong dan menyerahkan pada kekasihnya itu. Ashraff duduk disebelah Azrina sambil mengambil tangannya, mengusap perlahan.

ʻʻLambat you balik?ʼʼ kata Ashraff sambil melihat jam di dinding yang menunjukkan waktu 11.30 malam.

Azrina mengambil air gelas yang dihulurkan Ashraff tadi dan meneguknya perlahan. ʻʻKan I text you siang tadi. I spend time dekat library nak siapkan kerjaʼʼ

ʻʻI tahu. You text tadi. Tapi tak kan kerja sampai pukul sebelas malam? You dah makan dah?ʼʼ tanya Ashraff, sedikit risau.

ʻʻI terpaksa kerja sebab you lahʼʼ kata Azrina sambil menjeling Ashraff. ʻʻYou have been a persistent distractionʼʼ

Ashraff tergelak. ʻʻYouʼre are too irresistible to resist, babyʼʼ balasnya sambil tangan cuba untuk meraba tubuh Azrina.

Azrina menggeleng kepala. ʻʻAsh... please... malam ni I nak berehat. I just nak mandi, and then tidur. Dua minggu punya kerja I kena pulun sorang-sorang sampai pukul 11 malam sebab dua minggu kita tak buat kerjaʼʼ

ʻʻBabyʼʼ pujuk Ashraff, ʻʻI cannot think of one night without us making love. How about we call it our celebration night, then? Besok kita balik KL kan? So letʼs make our last night together dekat Penang a memorable oneʼʼ

ʻʻSorry, Ash. I off limitsʼʼ balas Azrina perlahan. ʻʻDua minggu you dah dapat I. So malam ni, you kena belajar just sleep with meʼʼ

ʻʻYou period ke?ʼʼ tanya Ashraff.

Azrina menggeleng kepala. ʻʻTak. Tapi I ada cramps. Sakit sikit. I pergi klinik tadi. Doktor bagi painkillers. I just nak rest. Nak tidur, okay sayang?ʼʼ pinta Azrina.

Ashraff mengangguk. ʻʻOkay babyʼʼ katanya bersetuju.

Azrina tersenyum sambil bangun dari kerusi. Dia kemudian terus berjalan menuju ke bilik tidur sambil Ashraff mengekori dari belakang.

Azrina kemudian mandi untuk membersihkan sebarang peluh dan lekit dari badannya, sebelum kembali ke bilik memakai baju tidur. Sejak dua minggu dia menginap di villa itu, inilah kali pertama dia memakai baju pyjamas untuk tidur.

Azrina baring disebelah Ashraff yang sudah menunggu. Mereka berpelukan ringas sambil berkucupan bibir, sebelum mengucapkan selamat malam.

Tak sampai lima minit, Azrina terus terlena dalam kepenatan. Ashraff hanya melihat kekasihnya itu tidur dengan nyenyak, kain selimut ditarik menutup tubuh badan. Satu senyuman manis diberikan kepada kekasihnya sambil jari-jemari mengusap helaian ramput ke sebalik telinga. Tak lama selepas itu, Ashraff juga memejamkan mata. Tidur disebelah cinta hatinya.

Keesokkan pagi, mereka berdua bangun bersama. Ucap selamat pagi. Kucupan bibir diberi. Setelah dua minggu hidup bersama dengan sebuah fantasi cinta, realiti kehidupan sebenar perlu digalas semula.

Azrina mandi pagi dahulu, dengan sengaja menghalang Ashraff untuk mandi bersamanya. Takut-takut kalau mereka terbabas lagi. Ashraff hanya tersenyum mendengar syarat baru kekasihnya itu.

Selepas selesai mandi, giliran Ashraff pula memasuki bilik air. Sambil Ashraff membersihkan diri, Azrina membantu mengemas beg pakaian lelaki itu. Baju, kemeja. T-shirt dan seluar dilipat kemas, masuk ke dalam beg. Beberapa botol minyak wangi, deodorant dan minyak rambut dikemas juga.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now