41

16.8K 176 182
                                    

ʻʻDo you have anything to say before I send you to hell, Uzair?ʼʼ tanya Charles.

Uzair merenung serombong pistol yang sedang dihalakan pada kepalanya. Tetapi pandangannya melepasi pistol tersebut. Dia melihat jauh disebaliknya.

Segala ketakutan yang menyelubungi dirinya beransur-ansur hilang. Dalam keadaan dia sudah begitu hampir menemui pengakhiran hidupnya, Uzair sebaliknya berasa tenang.

Charles menarik picu pistol dengan jari tangannya.

Klik!

Uzair tidak berganjak. Sedikit pun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sepatutnya pada ketika itu, sebutir peluru sudah menembusi kepalanya.

Sepatutnya.

Tetapi Uzair masih lagi bernafas.

Kerana pistol itu sebenarnya tidak mengandungi sebarang peluru pun.

Ianya sebenarnya kosong. Ianya disengajakan.

Uzair sedikit terperanjat. Dia melihat Charles dengan mata yang sedikit keliru. Adakah ini sekadar hanya untuk menakut-nakutkannya? Apakah permainan Charles sebenarnya?

Dalam Uzair masih lagi keliru, dia nampak Charles mencampak pistol yang kosong tadi ketepi. Pistol itu jatuh ke atas tanah. Muka Charles bengis. Marah.

Charles terus meluru kepada Uzair. Dicengkamnya kedua-dua kolar baju lelaki itu dengan kasar.

Dengan tangan kiri masih mencengkam kolar baju, tangan kanan dihayunkan menumbuk kepala Uzair.

Buuk! Bukk! Buukkkk! Tiga tumbukan yang kuat mendarat pada muka Uzair. Terpancut darah akibat cedera dikerjakan lelaki cina ini. Uzair sedikitpun tidak membalas.

Tumbukan keempat mendarat pada kepala Uzair. Tumbukan yang begitu kuat sehingga terkoyak kolar baju yang sedang digenggam tangan kiri Charles. Uzair rebah ke tanah, kepalanya berdarah.

Sambil Charles sedang mengerjakan Uzair, seorang pengawal diantara mereka mencapai pistol di atas tanah yang telah dicampak oleh Charles sebentar tadi. Pistol itu disisipkan pada tali pinggang. Dia, bersama dengan kesemua pengawal-pengawal bersenjata yang lain, mula berundur dan beredar dari perkarangan kawasan belakang rumah tersebut, membiarkan Charles dan Uzair tinggal berdua.

Uzair masih terbaring dengan kepalanya cedera dan berdarah. Charles berdiri tegak di hadapannya. Nafasnya deras seperti kerbau yang kepanasan. Matanya merah, berair.

ʻʻAs much as I want you to go to hell for what you did to Kat, I canʼt send you thereʼʼ desis Charles.

ʻʻKau nak tahu tak siapa yang patut masuk neraka dulu?ʼʼ tanya Charles lagi disebalik nafasnya yang deras.

ʻʻAku yang sepatutnya masuk neraka dulu, bangsatʼʼ Charles menjawab soalannya sendiri. ʻʻAku yang sepatutnya masuk neraka duluʼʼ ulangnya lagi.

Charles mencekak pinggang. Nafasnya sedikit tercungap-cungap, tetapi lelaki separuh abad ini masih lagi kuat berdaya.

Charles mendongakkan kepalanya ke langit. Matanya tertutup. Air mata menitis. ʻʻAku tahu, all of this started because of meʼʼ

ʻʻKhatijahʼʼ katanya perlahan. ʻʻNama kekasih aku. Khatijah.... Cathyʼʼ

Charles menelan air liur. Kepalanya masih terdongak ke atas. Mata masih tertutup. Rapat.

ʻʻKitaorang jatuh cinta was not part of the planʼʼ katanya perlahan. ʻʻAku tahu dia dah ada married. Dia tahu dia dah ada laki. But... falling in love... you cannot stop that once it hit you, can you?ʼʼ katanya perlahan.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now