21

15.3K 143 28
                                    

11.32am

Azrina sempat menjeling jam tangan Fossil Carlie Blue yang tersarung di tangan kirinya.

Tangan kiri diletakkan balik ke atas meja.

Tangan kanan cuba membetulkan tudung yang tak perlu untuk dibetulkan.

Ambil pen.

Cuba tulis beberapa nota di atas buku A5 dihadapannya. Entah apa yang ditulisnya pun dia tak tahu. Nota yang dicatatkan tidak masuk akal.

Tengok jam di tangan kiri lagi.

11.33am.

ʻʻBabeʼʼ bisik Emma yang sedang duduk disebelahnya. ʻʻKau ni aku tengok dari tadi macam tak kena jer. Ada apa-apa ke, babe?ʼʼ bisikan disebutkan perlahan agar Professor Shukri yang sedang membentangkan kertas kerja barunya di dalam bilik mesyuarat itu tidak mendengar perbualannya.

Azrina hanya menggeleng kepalanya sedikit, tapi pantas. Tangan kiri ditongkatkan ke meja. Jari jemari dikatup sambil direhatkan pada bibir. Tangan kanan cuba menulis kembali nota yang tak didengarinya pun. Mata sempat menjeling jam pada tangan kiri.

11.34am

Azrina menghela nafas. Sesuatu yang menggangu konsentrasinya. Sejak sejam yang lalu, dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembentangan Shukri. Walaupun cuba untuk tidak menunjukkan body language-nya yang gelisah, tapi Emma dan Amy sudah dapat agak sesuatu yang tidak kena dengan pensyarah jelita ini.

Lima belas minit lagi berlalu. Shukri menggulung pembentangannya sambil memberikan rumusan dan kata-kata penutup, diakhiri dengan memberikan beberapa arahan ringkas kepada staf-staf fakulti itu. Azrina tersenyum sambil menyeling pada Amy, mengangguk sekali. Amy faham isyarat penyelianya itu sambil menulis pada buku notanya arahan Shukri tadi.

Mesyuarat pembentangan pun ditunda. Semua staf fakulti mengemas barang untuk pulang ke meja kerja masing-masing.

ʻʻKau tak jawab lagi soalan aku tadi?ʼʼ tanya Emma pada Azrina.

ʻʻSoalan apa?ʼʼ Azrina membalas pertanyaan dengan soalan, seolah-olah buat-buat tak tahu apa yang dibualkan.

Emma mendengus, ʻʻKau mengelamun satu setengah jam masa presentation Prof tadi. Kejap-kejap tengok jam. Kejap-kejap tengok jam. Kenapa? Kau ada nak pergi dating ke?ʼʼ tanya Emma tajam.

ʻʻIshh... kau ni... Mana ada dating-dating bagai ni. Kau tahu kan apa jadi last time aku pergi jumpa Zair dekat site? Sampai pengsan aku dibuatnyaʼʼ balas Azrina sambil bangun dari kerusinya.

ʻʻSiapa cakap yang kau nak pergi berdating dengan Zair?ʼʼ balas Emma pantas.

Azrina mengerut dahi. Dipandang wajah rakannya tajam, ʻʻKau cakap mengarut apa ni?!ʼʼ

Emma menepuk-nepuk buku nota Azrina dengan jari telunjuknya. ʻʻNi apa??ʼʼ tanyanya tajam.

Azrina melihat buku notanya sendiri.

Nota yang sepatutnya mengandungi rumusan perbentangan Shukri tadi. Nota yang ditulis sepanjang dia berada di bilik mesyuarat itu selama satu setengah jam yang lalu.

Nota yang penuh betulis dengan nama-nama...

Ash... Ashraff... Fikri...

Azrina terus menutup buku notanya dengan pantas, sedikit segan dan malu terukir di wajahnya, tapi cuba untuk menunjukkan gaya seperti tidak ada apa-apa berlaku.

Azrina menelan air liur, memandang Emma, ʻʻProf kan suruh aku mintak maaf. Jadi aku tengah celaru nak mintak maaf lah niʼʼ katanya sambil mengemas barang-barangnya dan bersedia untuk meninggalkan bilik mesyuarat itu. Amy, pelajar PhD-nya, mengekori dari belakang.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now