ʻʻBagi pihak isteri saya, dan kedua-dua belah pihak keluarga kami, saya ingin ucapkan terima kasih kepada tuan-tuan kerana sudi menghadiri majlis tahlil arwah anak saya Syed Afiq sebentar tadi. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa tuan-puan sekelianʼʼ kata Uzair kepada semua pada hadirin setelah selesai mengendalikan sendiri majlis tahlil arwah anak sulungnya.
Uzair, dengan muka yang sayu dan letih masih dapat memberikan senyuman dan ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang mengucapkan takziah.
Walaupun terkilan kerana tidak dapat bersama menunaikan solat jenazah sebelum arwah dikebumikan, Uzair menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anaknya dengan mendahului sendiri majlis tahlil dan doa, sebelum itu menjadi imam solat hajat bersama hadirin sekelian.
Kesemua perabot di ruang tamu telah dibawa keluar beramai-ramai untuk memberikan ruang para jemaah mendirikan solat sebelum majlis tahlil dijalankan.
Ramai yang hadir, termasuklah ibu-bapa Uzair, ibu-bapa Azrina, keluarga yang rapat, sahabat handai dari Kesawa dan USM, dan juga jiran-jiran terdekat Desa ParkCity.
Satu persatu dari mereka bersurai meminta diri. Ada yang masih tinggal di dalam dan juga di luar rumah untuk berbual sesama sendiri. Ada yang menghisap rokok di kawasan luar sambil bersembang dengan kawan. Ada yang menolong sikit-sikit dengan pelbagai tugasan dalam rumah.
Turut juga hadir ialah Rahman dan Ashraff. Mereka berdua ringan tulang mewakili tuan rumah melayan tetamu-tetamu yang datang.
Setelah hampir semua tetamu pulang, Uzair datang menghampiri dua rakan baiknya itu.
Dengan mata yang berlinangan, Uzair memegang kedua-dua tangan sahabatnya. Tangan kanan memegang tangan Rahman, tangan kiri memegang tangan Ashraff.
ʻʻMan, Raff. Thank you sangat-sangat sebab tolong uruskan Afiq masa aku tak de. Thank you. Thank you, bro. Aku tak dapat nak balas jasa korang berdua. Korang lah sahabat aku dunia akhiratʼʼ kata Uzair dengan suara yang sangat sayu.
Tidak dapat menahan kesedihannya, Uzair terus memeluk Rahman dan Ashraff erat. Rahman dan Ashraff juga memeluk balas lelaki hiba ini, yang akhirnya menangis tersedu-sedu dalam dakapan mereka.
ʻʻDah tu, Zair. Dah tuʼʼ pujuk Rahman. ʻʻAfiq sekarang berada dekat syurga sekarang, Zair... Percayalah... dia berada di tempat yang lebih baik sekarangʼʼ
Ashraff pun mengusap belakang Uzair. ʻʻStay strong, broʼʼ katanya memujuk. ʻʻSolat hajat, tahlil dan doa yang kau bagi tadi satu hadiah istemewa untuk Afiqʼʼ
Uzair mengelap air matanya sendiri dengan lengan baju melayunya. Dia mengangguk sambil masih mengelap air mata.
ʻʻParents kau okay?ʼʼ tanya Rahman sambil melihat keempat-empat orang tua Uzair dan Azrina berada di ruang tamu sedang cuba menenangkan kesedihan masing-masing.
ʻʻMacam tu lah, Manʼʼ kata Uzair sambil menoleh melihat ibu-bapa dan ibu-bapa mertua mereka. ʻʻAfiq tu cucu pertama diaorang. So, itʼs hard for them tooʼʼ
ʻʻAzrina macam mana?ʼʼ tanya Ashraff pula, ʻʻDia ok?ʼʼ Ashraff yang masih risau, menanyakan kepada suami kekasihnya itu.
ʻʻReen dekat atas dalam bilik. Aku suruh dia rehat. Sepanjang malam dia tak tidurʼʼ balas Uzair, sedikit tersenyum.
Ashraff mengangguk. Kalau boleh, hendak saja dia terus naik ke atas, berjumpa Azrina di bilik tidurnya, dan peluk kekasihnya itu seerat-eratnya. Tapi, perasaannya itu terpaksa disimpan dalam hati dahulu. Tentu Uzair juga ingin meluangkan masa dengan isterinya sendiri setelah dua minggu mereka tidak berjumpa.
ʻʻAda apa-apa aku boleh tolong?ʼʼ tanya Ashraff, cuba menawarkan diri dengan apa-apa bantuan.
ʻʻEh, tak payah susah-susah, Raff. Kau dah banyak tolong aku dengan Reen hari ni. Really, really appreacite it. Aku betul-betul thank you, Raff. Aku betul-betul bersyukur dapat kawan macam kau. Tak pernah sekali pun kau tak pernah tolong aku, Raff. Thank you, bro. Terima kasih, Ya Allahʼʼ kata Uzair dengan suara sebak lagi, hendak menangis lagi, terus mendakap Ashraff erat. ʻʻKau lah kawan aku dunia akhiratʼʼ ulangnya sekali lagi dalam suara yang serak-serak.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomantizmSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...