Jurnal DocReen
Hari ni aku balik kerja lepas MC empat hari.
Itupun sebab FizikFikri dah balas emel aku kata nak jumpa bincang pasal collaborate tulis paper aku ni.
FizikFikri kata dia nak datang jumpa aku dekat office.
Kenapa tiba-tiba aku rasa nervous sangat ni.
Kenapa.
* * * * *
Selepas cuti sakit selama empat hari, Azrina pulang semula ke pejabatnya. Seperti kebiasaannya setiap pagi, kereta SUV Mazda CX-5 berwarna merah milik Azrina hanya perlu mengambil masa setengah jam untuk tiba ke pejabat dan makmal kajiannya di USM Sains@KL dari rumah kediamannya di Desa Park City.
Sebuah tempat letak kereta khas untuk Azrina yang terletak di belakang bangunan pejabat sepuluh tingkat Wisma Sejarah itu telah sedia menanti pemiliknya tiba. Azrina memarkir kereta CX-5 nya dan kemudian mematikan enjin. Sempat dulu dia memeriksa rupa wajahnya sendiri disebalik cermin kereta untuk memastikan gincu di bibir dan bedak foundation di pipi masih berada dalam keadaan yang kemas. Kain tudung shawl diperbetulkan sana-sini dengan jari. Satu senyuman dihadiahkan pada diri sendiri. Kasut tinggi disarungkan semula kerana dia hanya memakai sepasang sandal ketika memandu. Pintu kereta dibuka, dan pensyarah jelita itu melangkah keluar menuju ke pejabatnya di Wisma Sejarah.
Satu senyuman dihadiahkan kepada pengawal keselaman yang bertugas di bahagian pintu masuk belakang bangunan. Pintu ini hanya membenarkan pekerja yang membawa access card sahaja yang boleh masuk menerusinya. Manakala pelawat-pelawat yang lain perlu masuk dari pintu utama dari hadapan.
ʻʻSelamat kembali, dokterʼʼ ucap Pak Amin, pegawai keselamatan yang sentiasa bersiap sedia berdiri tatkala Azrina membuka pintu belakang menggunakan kadnya. ʻʻDengar khabarnya, dokter demam?ʼʼ
ʻʻBiasalah, Pak Amin. Sakit orang perempuanʼʼ balas Azrina, ʻʻPak Amin sihat?ʼʼ tanya Azrina sambil menghadiahkan satu senyuman yang sangat manis sekali kepada lelaki sasa itu.
ʻʻSekali nampak dokter, terus saya sihatʼʼ jawab Pak Amin, sambil diselit dengan sedikit gurau senda, sepertimana usikan-usikan lazim yang ditujukan kepada pensyarah jelita ini setiap pagi.
ʻʻPak Amin ni. Mula lah tuʼʼ kenyit mata Azrina sekali sambil tergelak kecil. Gelaknya dibalas pegawai keselamatan tersebut.
Nak tak nak, Azrina merasa sedikit megah tatkala dipuji sebegitu. Sambil berjalan menuju ke lif, Azrina tersengeh seorang diri tatkala kecantikannya dipuji. High self-esteem bak kata orang putih. Good vibes to start the day.
Lif yang dinaiki membawa Azrina ke tingkat lapan yang menempatkan Fakulti Pascasiswazah Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia cawangan Kuala Lumpur.
Tiba sahaja Azrina di ruang pejabatnya, pembantu tadbirnya bernama Sofia senyum manis tatkala melihatnya berjalan masuk.
ʻʻWelcome back, Doc!ʼʼ sahut Sofia manja.
ʻʻThank you, Sofiaʼʼ balas Azrina. ʻʻEh, senyap jer office hari ni. Mana budak-budak yang lain?ʼʼ tanyanya.
ʻʻDiaorang tengah dekat hospital sebelah, buat clinical rounds dengan Dr. Emma. Tengahari karang balik lah tuʼʼ balas Sofia. ʻʻDoc Reen okay hari ni? Nak saya buatkan coffee?ʼʼ
ʻʻBoleh jugak, thanksʼʼ balas Azrina. ʻʻI ada apa-apa appointment ke hari ni?ʼʼ
ʻʻAda, Doc. According to your diary, doc ada meeting dengan your co-auhtor pagi niʼʼ kata Sofia sambil membelek buku appointment Azrina di hadapannya.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomantizmSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...