54 🔞

38.3K 206 118
                                    

Mulut Azrina terbuka.

Matanya sudah berlinangan.

ʻʻAbangʼʼ bisiknya perlahan, ʻʻReen mmmpppfffhhh...ʼʼ

Tidak kesampaian hasrat Azrina untuk menghabiskan ayatnya. Mulutnya terus dicekup kemas oleh Uzair dalam kucupan yang dalam. Azrina terkejut, matanya terbuka luas, tak ubah seperti lagak heroine drama Korea apabila bibir dikucup hero buat kali pertama.

Tetapi mata yang terbuka tadi perlahan-lahan menjadi layu seperti daun semalu yang disentuh jari, tatkala nafas wangi Uzair menyusup masuk ke dalam paru-parunya.

Tubuh Azrina menjadi lemah, hampir tak berdaya berdiri. Kakinya seolah-olah menjadi lembut, hilang daya imbangan. Tetapi kedua tangan Uzair sudah kemas memeluk pinggang dan belakang Azrina. Di tarik tubuh isterinya rapat pada tubuhnya sendiri, seolah-olah memapah susuk yang longlai itu dari rebah jatuh ke tanah.

Azrina perlahan-lahan membalas dengan memeluk tubuh Uzair. Bukan pelukan yang kuat, bukan pelukan sokongan, tetapi dia memeluk tubuh Uzair agar tidak mahu dirinya ditinggalkan. Kerana walau mulut menikmati penyatuan, tetapi hati masih lagi gementar pada sang suami jika dia bertukar murka, akibat terbongkarnya kecurangan yang telah dilakukannya.

Tetapi sebarang murka masih belum ditunjukkan oleh sang suami. Mungkin... belum lagi. Malah, penyatuan mulut tersebut sedikit sebanyak meredakan hati Azrina yang bergelora. Mudah sekali Uzair melembutkan hatinya. Mungkin, itu juga satu petanda bakal ribut yang akan menimpa.

Hampir seminit dua Uzair menikmati mulut isterinya. Sedap mengulum, seperti tidak hiraukan perjalanan masa. Nikmat menyentuh kulit yang halal, tidak ada kerisauan sebarang salah mahupun dosa.

Apabila kucupan dipisahkan, Azrina masih lagi seperti dalam awang-awangan. Mulut masih sedikit terbuka, bibir sedikit memuncung, seolah-olah belum puas mencari nyawa.

Nafas hangat Uzair masih terasa lagi dikulitnya. Mata Azrina perlahan-lahan dibuka, wajah suaminya sangat dekat pada dirinya, mata merenung mata dalam pandangan yang sangat dalam sekali.

Tak pernah Azrina melihat mata suaminya memandangnya begitu. Tak pernah.

Jantung Azrina kembali berdegup laju. Sesuatu di dalam dirinya mengatakan yang peti rahsia yang cuba dipeliharanya sudah kini pecah berderai. Kecurangannya bersama Ashraff kini sudah terbongkar. Fikirannya sudah mula mencari berjuta jenis penjelasan yang perlu dia kemukakan pada suaminya. Apa-apa alasan sudah tidak boleh digunapakai lagi. Yang salah tetap salah. Yang dosa tetap dosa. Yang batil tetap batil. Azrina tahu semua itu. Bukan alasan lagi yang perlu diberi... tetapi rayuan kepada sang suami agar dapat mengampuni dosa-dosa besarnya.

Azrina melimpahkan air mata. Dia tak dapat nak menahannya lagi. Tubuhnya menggeletar, ketakutan, tak mahu kehilangan lelaki ini. Dahinya sudah mula basah dengan peluh, keringat terpancar dari setiap liang kulit. Ketiak mula menampakkan tompok hitam. Seluar dalamnya sudah rasa tidak selesa, aliran kecing yang halus membasahi seluar dalamnya, titisan kuning berbau sedikit hancing sudah mula mengalir pada kaki disebalik baju kurungnya.

Azrina rasa betul-betul lemah, betul-betul kehilangan. Biarlah dia menjadi hamba selama seratus tahun sekalipun, disiksa dihukum diatas kesalahannya. Dia tak mahu ditinggalkan, disisihkan, diceraikan oleh Uzair. Walaupun Datin Salwa telah memberikannya peluang untuk berhijrah ke Eropah, memulakan hidup baru bersama Ashraff, tetapi jiwanya tidak mahu pergi. Hatinya masih mahu kekal di dalam pelukan lelaki ini. Apapun yang bakal berlaku, dia mahu kehidupannya semula. Dia mahu suaminya semula. Cukuplah dia telah kehilangan anak sulungnya kerana kecuaiannya sendiri. Dia tidak mahu kehilangan apa-apa lagi. Cukuplah.

Tetapi semakin dalam dia memandang mata Uzair, semakin dia merasa sedikit keliru. Mata dan wajah lelaki dihadapannya ini tidak menunjukkan sedikit pun raut marah, raut murka, raut duka. Apakah yang sedang bermain di dalam fikiran lelaki ini?

Firasat CintaWhere stories live. Discover now