42 🔞

50.6K 214 205
                                    

ʻʻBoleh tak you tolong concentrate, sikit?ʼʼ Ashraff tergelak kecil sambil menegur Azrina dengan nada yang bergurau, tatkala kekasihnya itu masih ralik bergesel dengan tubuhnya, tak ubah bagai seekor kucing betina yang manja.

ʻʻMacam mana you nak suruh I concentrate kalau you tak pakai baju macam ni?ʼʼ tanya Azrina sambil memeluk tubuh Asraff yang tidak berlapik. Kepalanya disembabkan pada dada bidang lelaki itu. Nafas ditarik dengan dalam sambil menikmati aroma husky bercampur peluh yang masih belum kering. Bau hamis tubuh lelaki yang menaikkan nafsu Azrina buat sekian kalinya, membuatkan matanya semakin kuyu.

Melihat pelakuan Azrina yang begitu manja pada dirinya, Ashraff terus memeluk kekasihnya itu dengan erat. ʻʻMacam mana I pulak nak concentrate kalau you pakai seksi macam niʼʼ katanya sambil mencium kepala Azrina.

Ashraff dan Azrina sedang berada di ruang tamu kondominium OneKL milik lelaki itu. Mereka berdua sedang duduk di atas sofa. Ashraff duduk bersandar, tidak berbaju, dan hanya memakai seluar boxer di kakinya.

Azrina pula memakai kemeja putih milik Ashraff ditubuhnya. Kemeja lelaki itu besar dan longgar pada tubuhnya. Disebalik kemeja itu, Azrina tidak mengenakan sebarang bra atau seluar dalam pun. Azrina sedang bersimpuh di atas tubuh Ashraff, memeluk erat tubuh lelaki itu.

Ashraff mengangkat kepala Azrina dari dadanya dengan kedua tangannya. Dia merenung wajah kekasihnya itu dengan dalam buat seketika.

Kemudian dia mengucup bibir Azrina. Kucupan mereka dalam dan ghairah. Mata tertutup. Bibir bermain bibir. Lidah bermain lidah. Air liur menitis-nitis membasahi dagu. Kucupan mereka lama. Dua tiga minit lamanya.

Setelah kucupan dileraikan, masing-masing memandang mata masing-masing dengan pandangan yang erotis. Nafas dihembus tarik dengan dalam dan deras. Jantung berdegup kuat.

Azrina memagut kembali mulut Ashraff dengan mulutnya. Mereka berkucupan lagi.

ʻʻIf we keep doing this, we wonʼt get any work doneʼʼ bisik Ashraff sambil mulut masih bertemu mulut, dahi bertemu dahi, hidung bertemu hidung.

ʻʻI knowʼʼ balas Azrina sambil bibir masih lagi menyetuh bibir, bagai tak mahu dilepaskan. ʻʻDah lima hari kita make love. Satu kerja pun kita tak buatʼʼ

Azrina perlahan-lahan mengundur kepalanya dari kepala Ashraff. Kalau boleh nak melekat sampai bila-bila. Tapi kerja kena buat jugak. ʻʻProf nak I submit paper ni this week. Hari ni dah hari Khamisʼʼ katanya.

ʻʻCome onʼʼ kata Ashraff, nafasnya masih dalam. ʻʻLetʼs finish this today, okay. We already been fooling around sejak Ahad lagiʼʼ

Azrina tergelak mendengar seloka Ashraff itu, yang disambut dengan tawa bersama.

Sungguh Azrina tidak menyangka yang dia telah menghabiskan lima hari empat malam berkurung bersama lelaki ini. Semuanya bermula dari hari Ahad dimana mereka mula melayari bahtera cinta buat pertama kalinya diambang malam Hari Kemerdekaan.

Pada hari Isnin yang merupakan hari cuti umum, mereka habiskan masa berdua di dalam kondo itu melakukan hubungan seks siang dan malam.

Hari Selasa, Rabu dan Khamis pula sepatutnya hari kerja. Tetapi Azrina telah menghubungi majikannya Professor Shukri untuk meminta kebenaran untuk bekerja di rumah. Shukri meluluskan permohonan work-from-home Azrina dengan syarat pensyarah jelita itu menghabiskan kertas kerjanya dan submit pada hari Jumaat.

Tetapi Selasa, Rabu dan Khamis juga menyaksikan dua tubuh lelaki dan wanita ini melakukan penyatuan-penyatuan cinta buat sekian kalinya. Seperti sukar untuk berpisah, mereka berdua sentiasa bersama bagaikan belangkas yang melekat. Makan hanya sebagai syarat. Mandi apatah lagi. Berpeluk bercium sesama sendiri sudah menjadi aktiviti mereka berdua dari petang sampailah ke pagi.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now