26

7.7K 124 44
                                    

Azrina kelihatan sungguh jelita sekali malam ini. Berbeza sungguh pernampilannya berbanding dengan malam semalam. Semalam, dia hanya berbaju kurung yang telah dipakai dua kali, tudung segera, gincu coklat dibibir, badan masam tak mandi.

Tetapi malam ini, Azrina bertukar menjadi seorang jelitawan seperti turun dari kayangan. Dia memakai dress putih bercorak biru. Tudung sutera yang lembut dengan adunan warna yang sama melengkapi bajunya. Muka bersih, gebu diselaputi bedak foundation Estee Lauder. Gincu berkilat. Mascara melentik bulu mata. Eyeliner hitam menyempurnakan bulu kening. Wangian yang harum semerbak pada tubuh badan dari Hypnotic Passion oleh Dior. Haruman yang bercampur dengan feromon semula jadinya yang pasti menaikkan mana-mana nafsu syalwat lelaki yang kebetulan mendekatinya.

 Haruman yang bercampur dengan feromon semula jadinya yang pasti menaikkan mana-mana nafsu syalwat lelaki yang kebetulan mendekatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Uzair juga kemas. Rambut disikat rapi dan diminyak dengan American Crew. Wangian Montblanc Explorer EDT kegemaran isterinya mengharumi badan. Baju kemeja putih M&S tidak dikancing pada dua butang pertama menampakkan dada bidang yang berbulu dengan sengaja. Muka dibiarkan sedikit tidak berurus untuk menyerlahkan lagi aura kejantanannya.

Sebenarnya Uzair jarang sekali berpakaian rugged sebegini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebenarnya Uzair jarang sekali berpakaian rugged sebegini. Bohonglah kalau Uzair tidak merasa sedikit tergugat dengan kehadiran Ashraff. Terutama apabila Uzair nampak cara Ashraff memandang Azrina malam tadi.

Uzair akui, isterinya itu memang jelita orangnya. Sebenarnya dia pun dah lali kerana setiap kali mereka keluar berdua, ramai saja mata lelaki yang mencuri pandang. Mula-mula memanglah agak sedikit jealous. Tapi lama-kelamaan, dia pun dah tak ambil peduli tentang itu. Sebab dah jadi macam biasa.

Tetapi dengan Ashraff, entah kenapa... Uzair rasa macam sedikit tergugat. Mungkin ego lelaki agaknya. Perasaan bersaing dikalangan alpha male. Perwatakan Ashraff mencerminkan ciri-ciri seorang gentleman yang sempurna. Tampan, wangi, kaya dan mempunyai personaliti yang mudah menawan hati wanita. Dan juga mengugat rasa cemburu lelaki.

Tetapi Uzair cuba untuk tidak mengindahkan perasaan cemburu itu. Baginya... mungkin tak ada apa-apa. Uzair cuba untuk bersangka baik pada Ashraff atau juga pada isterinya, Azrina.

Pasangan suami isteri berjalan berpegangan tangan sambil berjalan bersama menuju ke ruang reception kondominium mewah OneKL di ibukota bandaraya.

Sampai di ruang reception, Uzair memaklumkan kepada staff bertugas tentang kehadiran mereka. Staff tersebut angguk manis sambil menunjukkan arah ke lif. ʻʻWelcome to OneKL. Encik Ashraff is expecting you. Twelve floor, first unit to your leftʼʼ katanya dengan senyuman.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now