Azrina membuka sebuah beg pakaian kecil.
Dia kemudian pergi ke almari bajunya. Dibuka pintu. Diselak baju satu persatu.
Dicapai sehelai baju kemeja, dileraikan dari penyangkut. Kemudian dicapai sehelai blouse, dileraikan juga dari penyangkut. Keduanya dimasukkan ke dalam beg.
Kemudian dia pergi semula ke almari.
Ambil seluar panjang. Ambil seluar dalam. Dan sepasang bra.
Kemudian tanganya mencapai sehejai baju tidur sutera. Kainnya jarang.
Sempat dia termenung pada baju tidur itu. Telan air liur sekali.
Pakaian itu dimasukkan ke dalam beg.
Masuk bilik air.
Ambil sebotol perfume. Deodorant. Mosturiser.
Campak dalam beg.
Azrina kemudian keluar dari bilik tidurnya. Langkah pantas ke dalam bilik Afiq.
Almari Afiq dibuka. Baju persalinan anak lelakinya itu diambil. Juga baju tidurnya juga.
Kembali ke biliknya semula. Baju Afiq dimasukkan sekali ke dalam beg pakaian. Semua disusun kemas.
Zip ditarik. Tutup kemas.
Ditarik begnya itu keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup. Sambil pintu ditutup, matanya sempat melihat frame gambar nikah dirinya dan Uzair di atas meja solek. Sempat.
Pintu ditutup. Kaki melangkah turun tangga. Beg diangkat tangan kanan. Tangan kiri memegang plastik mengandungi tiga botol. Beg tangan digalas pada bahu.
ʻʻBibikʼʼ Azrina memanggil pembantu rumahnya. Kartini datang dengan langkah yang pantas.
ʻʻNi saya dah perah susu tiga botol untuk Tina. Please make sure dia minum, tau. Kalau tak cukup, please bagi dia fresh milk, ya?ʼʼ pesan Azrina sambil memberikan botol-botol susu yang baru diperah dari badannya pagi tadi.
ʻʻBaik, Bukʼʼ balas Kartini sambil mengambil botol-botol tersebut dari Azrina. ʻʻIbu tidak pulang malam ini?ʼʼ tanya Kartini.
ʻʻTengok dulu. Lepas saya ambil Afiq dari school, kami mungkin akan tidur rumah kawanʼʼ balas Azrina.
ʻʻOhh... begitu. Ya, ya, baik. Ermm... Bapak sudah maklum?ʼʼ tanya Kartini, sedikit tergugup.
Azrina mengerutkan dahi pada Kartini kerana menanyakan soalan begitu.
Kartini tunduk memohon maaf dan berundur diri.
Melihat Kartini sudah pulang ke dapur, Azrina kemudian menoleh ke arah anak sulungnya Afiq yang sedang memasukkan mainan Hot Wheels ke dalam beg sekolahnya.
Azrina tersenyum melihat perbuatan Afiq. ʻʻFiq. Fiq ni nak pergi sekolah ke nak pergi main?ʼʼ tanyanya bergurau.
ʻʻNak ainn!ʼʼ jawab Afiq, gembira.
ʻʻAfiq dah ready nak pergi sekolah?ʼʼ
ʻʻReadii!ʼʼ jawab Afiq sambil menepuk-nepuk kedua-dua tangannya, dan melompat-lompat gembira.
Azrina mengusap kepala anaknya itu.
ʻʻFiq... lepas school nanti, kita mandi pool nak?ʼʼ tanya Azrina dengan suara pujukan.
Mendengar nak mandi kolam renang, Afiq melompat-lompat gembira. ʻʻNak. Nak! Nak!ʼʼ katanya suka.
ʻʻOk, nanti mama dengan uncle belanja Fiq ice-cream lepas mandi pool ok?ʼʼ pujuk Azrina lagi.
Afiq yang masih seronok itu melompat-lompat dengan lebih ceria lagi, ʻʻYeay! Yeay! Ice cream!ʼʼ
ʻʻGood boyʼʼ balas Azrina sambil memeluk anak lelakinya. ʻʻJom letʼs get ready for school. Uncle tunggu tuʼʼ kata Azrina sambil menghulurkan tangan.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomanceSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...