Azrina kembali melangkah untuk menemui suaminya semula di ruang makan. Uzair sudah berdiri sambil mengelap mulutnya dengan kain napkin.
Azrina terus mendapatkan Uzair dan memaut lengan suaminya itu.
Ashraff kembali menghampiri mereka dan menepuk kedua tangannya sekali. ʻʻSo guys, how was dinner? Ok tak masakan aku?ʼʼ tanya Ashraff pada Uzair.
ʻʻMarvellous, bro. Kau ni memang perfect ten lah aku cakap. Apa benda yang kau tak boleh buat?ʼʼ balas Uzair sambil melihat Ashraff, sedikit tersenyum.
ʻʻIshh... kau ni... mana ada...ʼʼ Ashraff tergelak, ʻʻKau tahu tak, masakan western ni lah yang paling senang nak buatʼʼ balas Ashraff. ʻʻWife kau masak empat lauk semalam tu lah yang sebenarnya perfect tenʼʼ
Uzair mengangguk, sedikit tersenyum dengan pujian Ashraff pada isterinya, Azrina.
ʻʻAda pulak perfect tenʼʼ balas Azrina, tersenyum, sedikit menyindir. ʻʻKalau perfect ten, tak de lah sampai you tergigit cili sampai sakit perut malam tadi tu kan?ʼʼ
Mereka bertiga tergelak bersama dengan gurauan Azrina tersebut.
ʻʻSo Ash... selain dari masak western food, apa lagi yang your hidden talents?ʼʼ tanya Azrina lagi, selepas tawa gelak mereka sedikit reda.
Uzair menoleh melihat isterinya sambil raut muka gelak yang masih belum hilang lagi. ʻʻSayang. Ashraff kan kata tadi dia nak tunjuk kat kita skill melukis dia tuʼʼ
Ashraff tersenyum sendiri sambil menunduk sedikit.
ʻʻHa ah kan? So bila nak tunjuk kat kitaorang?ʼʼ tanya Azrina pada Ashraff.
ʻʻBoleh jer, tapi jangan gelak tau? I warn you awal-awal. Lukisan I chompang-champing jerʼʼ balas Ashraff, sedikit malu.
ʻʻI still would like to see itʼʼ kata Azrina perlahan. ʻʻIf you donʼt mindʼʼ sambungnya lagi.
Ashraff melihat Azrina. Raut malu mukanya sedikit reda. Dia memandang wajah Azrina dengan pandangan yang dalam.
Bagi Azrina pula, dia pernah melihat lukisan-lukisan Ashraff. Dan salah satu lukisan tersebut adalah lukisan dirinya. Tetapi semuanya itu dilihat di dalam mimpi.
Kali ini, Azrina ingin melihat lukisan-lukisan Ashraff dengan matanya sendirinya.
Ashraff menepuk tangannya sekali. ʻʻSure ke?ʼʼ
ʻʻSureʼʼ balas Uzair.
ʻʻEleh... aku tahu... kau sebenarnya nak tengok games room aku kan?ʼʼ senda Ashraff.
ʻʻTahu pun. Jom naik cepatʼʼ Uzair yang ketawa.
ʻʻOk, letʼs go, guysʼʼ jemput Ashraff mempelawa kedua suami-isteri itu untuk naik ke tingkat atas.
Uzair memimpin isterinya Azrina naik ke tingkat atas mengekori Ashraff yang berada di hadapan.
Di tingkat atas, kondominium mewah Ashraff menempatkan tiga bilik dan satu ruang rehat dengan set sofa IKEA dan televisyen Samsung OLED 8K bersaiz 65 inci.
ʻʻBilik dekat atas ada tigaʼʼ kata Ashraff, sambil melakukan tour-guide nya. ʻʻYang besar tu my bedroom. Yang kedua... is my gallery... and the smallest one is my home office cum games roomʼʼ
ʻʻOkay. Kita tengok galeri aku dulu. Promise okay? Jangan gelakʼʼ senda Ashraff sambil membuka pintu bilik galerinya.
Mereka bertiga masuk ke dalam galeri Ashraff.
Banyak lukisan yang terpampang di dalam galeri itu. Ada yang digantung di dinding, ada yang masih terletak di easel kayu
ʻʻApa yang kau lukis ni, Raff?ʼʼ tanya Uzair sambil meneletaah lukisan-lukisan Ashraff. Ada lukisan permandangan. Ada lukisan KLCC.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomanceSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...