Jurnal DocReen
Emma kata aku akan jatuh cinta dengan Ash.
Bullshit.
Cinta aku hanya pada Zair sorang.
My husband.
Fact.
* * * * *
1hb Mei.
Hari Buruh.
Hari Cuti.
Hari ni Azrina gembira. Sebab hari ni dia cuti. Hari ni Uzair cuti. Kena pulak Hari Buruh jatuh hujung minggu. Jadi Isnin dapat day off. Yippie!
Seperti lazimnya pabila berlaku hujung minggu yang panjang, hajat Azrina untuk mendapat waktu intim bersama Uzair akan terlaksana.
Bukan senang untuk dapat waktu intim ini. Selalunya pada hujung minggu, kalau nasibnya baiklah, mereka akan bersama pada Sabtu malam Ahad. Itupun kalau Uzair tak sibuk pada Sabtu itu. Kerap kali, hari Sabtu pun tak nampak muka. Sibuk melayan client, main golf, sehinggakan mesyuarat pun kadang-kadang buat hari Sabtu juga.
Bila suaminya balik kerja, minda dia dah penat. Uzair tentunya rindukan anak-anaknya juga. Masa untuk bermain bersama Afiq dan Qistina yang dirindui didahulukan dulu. Sesungguhnya, anak-anaklah penyeri sebuah keluarga. Wajah yang letih dan penat mana sekali pun akan bertukar tatkala melihat kedua-dua cahayamatanya.
Habis, macam mana pula masa bersama isteri? Seperti biasa, Azrina terpaksa mengalah apabila melihat seorang ayah yang ingin melepaskan rindu pada kedua anak-anaknya. Begitu besarnya pengorbanan seorang isteri yang terpaksa memendam hati semata-mata ingin melihat anak-anaknya tersenyum riang bersama ayahnya sendiri.
Itulah yang lazimnya berlaku pada setiap hujung minggu.
Tetapi... kalau berlaku hujung minggu yang panjang... sorry, everyone... but he is mine!
Awal-awal lagi Azrina sudah mula memancing suaminya. Malam Sabtu, Azrina sudah memakai baju putih yang jarang. Bra dan panties sengaja tidak dipakai agar daging montok payudaranya, dan bulu-bulu nipis hitam pada ari-arinya samar-samar kelihatan. Malah, sewaktu Azrina sedang menyusu Qistina, dengan sengaja sebelah payudaranya didedahkan. Permainan Azrina bernakal-nakalan untuk suaminya itu pasti membuahkan hasil. Uzair menjadi tidak senang duduk dengan usikan-usikan erotis isterinya itu sudah awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda menyerah kalah.
Seperti umpan yang mengena, tatkala kedua suami isteri ini beradu di kamar tidur mereka, penyatuan intim tidak dapat dielakkan lagi.
Dengan hanya memakai sehelai baju jarang menutupi tubuhnya, acara pembogelan Azrina berlangsung dengan amat mudah sekali. Uzair juga tidak membuang masa, satu persatu pakaian ringkas malam itu dilucut sudah. Masing-masing basah dan keras akibat dari foreplay nakal yang berlaku sejak siang tadi. Maka, acara kemuncak penyatuan tubuh dan badan berlaku tanpa halangan.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomansaSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...